Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Walau Tanpa Giring Seperti Dijanji, D’Masiv Tetap Saji Persembahan Luar Biasa

09/06/2023
Sharifah Zarifaholeh Sharifah Zarifah
in Ekstra, Konsert
Walau Tanpa Giring Seperti Dijanji, D’Masiv Tetap Saji Persembahan Luar Biasa

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

D’Masiv berjaya meninggakan kenangan manis buat semua peminat di Malaysia menerusi Konsert D’Masiv 20AD To The World di Zepp, Kuala Lumpur.

Berlangsung selama dua malam di Zepp Kuala Lumpur, mereka memberi persembahan yang sangat bertenaga dan vokal Rian Ekky Pradipta selaku penyanyi utama kumpulan D’Masiv memukau semua hadirin.

Berpeluang hadir pada malam kedua konsert, ternyata Band popular Indonesia itu berjaya mengikat penonton dengan persembahan luar biasa mereka.

Walaupun sedikit kecewa kerana Giring tidak muncul seperti yang dijanjikan penganjur sebelum ini, namun D’Masiv profesional beraksi membawakan 26 buah lagu.

Sepanjang konsert berlangsung, 2,000 penonton yang memenuhi Zepp menikmati persembahan enam orang anak muda dari Jakarta itu.

Konsert anjuran Neptunes Presents itu menerima sorakan padu peminat yang hadir dan mereka turut menyanyi bersama sepanjang konsert berlangsung.

“Wahh, luar biasa crowd malam ini ya, saya fikir tidak ramai pada malam keduanya, ternyata luar biasa,” ujar Rian.

Terkenal dengan lagu-lagu sendu, D’Masiv berjaya membuatkan rata-rata penonton yang hadir menjadi ‘galau’ dengan kelunakkan suara Rian dalam setiap persembahan.

Antara lagu yang dinyanyikan sepanjang konsert berlangsung Cinta Sampai Disini, Tak Punya Nyali, Salah Paham, Dengarlah Sayang, Side By Side, Pergilah Kasih, Rindu Setengah Mati, Cinta Ini Membunuhku dan Di Antara Kalian.

Suasana ‘galau’ menyelubungi dewan apabila Rian, membacakan teks ucapan maaf daripada Giring kepada para peminat Nidji kerana tidak dapat membuat persembahan.

Mereka sepatutnya berduet dalam lagu Hapus Aku untuk memeriahkan konsert D’Masiv pada malam kedua tetapi keadaan tidak mengizinkan atas hal-hal yang tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun, Giring tetap hadir ke konsert tersebut menonton dan menyanyi di bahagian tempat duduk bersama penonton-penonton lain.

Tidak menghampakan para peminat Nidji dan Giring, D’Masiv tetap menyanyikan lagu hit kumpulan Nidji.

Mereka telah mengakhiri persembahan dengan menyanyikan lagu hits, Cinta Ini Membunuhku yang dinantikan ramai peminat pada malam tersebut.

D’Masiv akan meneruskan siri jelajah seterusnya di Jakarta, Indonesia pada 1 Julai depan, diikuti Singapura pada 6 Julai depan.

D’Masiv juga bakal terbang ke Australia dan Amerika Syarikat untuk siri jelajah, tahun ini.

Sementara itu, penganjur, Neptunes Presents akan meneruskan projek Senandung Malam Volume 3 dengan membawa kumpulan popular Indonesia pada September ini. – BOOM!

Previous Post

Selepas Parti Pejuang, Eizlan Yusof Sertai PAS Pula?

Next Post

“Saya Akan Buat Pengesahan Mengenai Hubungan Dengan Athirah Lepas Bercerai” – Hafidz Roshdi

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taeyong Anggota NCT Pertama Tamatkan Latihan Ketenteraan Wajib

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Amy Schumer Umum Cerai Lepas 7 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Thunder Storm Rugby 10s Kukuhkan Peranan Bangunkan Pelapis Negara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seperlima Harta Dr Dre Kini Milik Nicole Termasuk Pampasan Berjumlah RM417 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mimi Lana Luah Rasa Sedih | Rizky Febian Mahalini Beza Agama | Abang Tesla Bawa Dua Bini Tunai Umrah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Belajar Dulu, Kemudian Hafal” – Abe Kelate Dari Turki Tunjuk Handal Rap Melayu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kenapa Tak Jadi Penyanyi Yang Famous? – Persoal Anak Nikki Palikat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Apek Dan Syanie Penuhi Impian Saya” – Mawi Terharu Hantu Kuat Ketawa Dominasi Carta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd