Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Walau Sibuk Urus Bisnes Seni Bina Keluarga, Nine Tetap Mahu Menyanyi

25/06/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Musik, Selebriti
Walau Sibuk Urus Bisnes Seni Bina Keluarga, Nine Tetap Mahu Menyanyi

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Nine yang pernah mencipta nama bersama kumpulan Phyne Ballerz dan Billy Zulkarnain kini muncul dengan lagu terbaharu selepas sekian lama menyepi.

Bagai mengubati kerinduan, itu juga yang dilakukan oleh Nine apabila hadir dengan buah tangan terbaharu, Rindu Memanggilku untuk peminat.

“Memang agak lama sebenarnya saya tidak hadir dengan produk baharu dan apabila diberikan kesempatan untuk merakamkan Rindumu Memanggilku, ia merupakan satu peluang yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

“Lagi satu ini merupakan kerjasama pertama saya dengan Ajai selaku komposer, pastinya saya berbesar hati dan gembira. Ini memang satu pengalaman yang menarik dan manis buat saya secara peribadi,” kata Nine.

Sebetulnya, Rindumu Memanggilku merupakan lagu solo pertama penyanyi ini sejak bergelar anak seni pada tahun 1999.

“Perjalanan yang akan ditempuhi kali ini memang berbeza jika mahu dibandingkan dengan dahulu.

“Ini merupakan pengalaman baharu dan saya gembira untuk memperkenalkan nama Nine kepada peminat generasi baharu dan dalam masa yang sama melepas rindu peminat yang lama” ungkapnya lagi.

Rindumu Memanggilku merupakan lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Ajai. Nine pula mengakui dia sudah tertarik tatkala mendengarkan lagu ini buat pertama kali meskipun komposer berkenaan ada memberikan beberapa lagu lain untuk diperdengarkan.

Jelasnya, ada banyak kekuatan dan keistimewaan yang ada pada naskhah berkenaan dan apa yang paling penting ia tidak lari jauh daripada muzik RNB yang menjadi ‘nadi’ Nine sejak dahulu lagi.

Bercerita mengenai pengalaman pertama kali merakamkan lagu dengan Ajai, Nine gembira kerana proses berkenaan berlangsung dengan baik tanpa ada banyak masalah. Jelasnya dia sudah mempersiapkan diri terlebih dahulu sebelum masuk ke studio.

“Sebagai penyanyi kita perlu mengkaji dahulu lagu berkenaan dan membuat latihan. Bila dah bersedia dengan semuanya, proses rakaman tak akan memakan masa yang panjang sebab kita dah bersedia.

“Sebab itu saya berharap Rindumu Memanggilku akan diterima baik oleh pendengar memandangkan ini merupakan hasil kerjasama semua pihak profesional yang mahu memastikan karya ini berkualiti,” katanya yang kini menguruskan bisnes keluarga dalam bidang seni bina.

Lagu ini berkisahkan tentang seorang lelaki yang kehilangan orang tersayang dalam sebuah perhubungan. Saban hari rasa rindu mula menguasai diri sehinggakan segala kenangan bersama kembali dalam ingatan.

Bagi Nine atau nama sebenarnya Mior Zulkarnain bin Mohd Zamhuri, isi ceritanya bukanlah untuk menambah kepedihan sebaliknya mahu bangkit daripada kesedihan dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Saya berharap lagu ini akan diterima baik oleh pendengar. Kita dah berusaha dan selebihnya saya serahkan kepada Allah sahaja. Setidaknya saya mahu lagu ini mengembalikan semula nama Nine untuk terus diingati,” tambahnya lagi.

Sebagai info, Rindumu Memanggilku merupakan terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dan diedarkan oleh Indigital Music.

Lagu ini juga sudah berada disemua platform digital dan muzik video (MV) pula boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music mulai 6 Jun yang lalu. – BOOM!

Previous Post

Watie Nak Jaga Anak Shuib Dulu | Alif Muhaimin Bernikah | Konsert Tiara Andini Batal

Next Post

Tolak Ansur & Sepakat Rahsia Slam Kekal Bersatu – “Kami Berkumpul Dengan Muzik”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bicara Kes Amang Seksual Naim Daniel Ditunda Tahun Depan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Thunder Storm Rugby 10s Kukuhkan Peranan Bangunkan Pelapis Negara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hazwani Helmi Ulas Isu Boikot IPhone

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Amy Schumer Umum Cerai Lepas 7 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taeyong Anggota NCT Pertama Tamatkan Latihan Ketenteraan Wajib

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nak Anak Lelaki, Fasha Sandha Rancang Jalani IVF Tahun Hadapan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd