Nama pelakon muda Jenna Ortega sekali lagi menjadi sorotan apabila penampilan terbarunya mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.
Menerusi beberapa foto yang tular di media sosial, wajah bintang Wednesday itu dilihat lebih tirus dan berbeza daripada sebelumnya sekaligus mencetuskan spekulasi dia mungkin telah menjalani prosedur bichectomy, iaitu pembuangan lemak di bahagian pipi dan dagu untuk meniruskan wajah.

Rahang Jenna juga kelihatan jauh lebih runcing, dengan ekspresi wajah yang didakwa peminat tampak “kosong” dan kurang semula jadi.
“Wajah baru dia menakutkan, bukan macam Jenna yang dulu,” tulis seorang netizen.
“Sayangnya, kecantikan wajahnya dah hilang,” tulis netizen lain.
Walaupun dihujani pelbagai spekulasi, pelakon berusia 22 tahun itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan atau pengesahan mengenai perkara tersebut.

Perubahan wajah selebriti muda ini turut mencetuskan perdebatan hangat di media sosial, khususnya mengenai normalisasi pembedahan kosmetik di usia muda. – BOOM!










