Selepas bertahun menjauh dari dunia filem akibat kontroversi peribadi, Johnny Depp kini kembali ke Hollywood – dan penampilan terbarunya buat ramai tergamam!
Dalam pengumuman rasmi oleh Lionsgate pada Isnin, produksi filem thriller berjudul Day Drinker arahan Marc Webb kini sedang berlangsung.
Apa yang paling mencuri perhatian? Gambar pertama Depp di set dengan transformasi penuh gaya ‘silver fox’.
Pelakon Pirates of the Caribbean itu tampil berambut perang kelabu, berjanggut padan, dan memakai kanta lekap biru terang.
Dalam foto yang dikongsikan di X, Depp kelihatan sedang memegang gelas, berpakaian sut biru navy dengan kemeja biru muda.
“We are entering the Silver Fox era of Johnny Depp and I am here for it,” tulis seorang pengguna media sosial.
Filem ini turut menampilkan bintang terkenal seperti Penelope Cruz, Madelyn Cline, Manu Ríos, dan Arón Piper.
Day Drinker, dijangka tayang pada tahun 2026, mengisahkan seorang bartender di atas kapal layar mewah (lakonan Cline) yang bertemu tetamu misteri (Depp). Kehadiran seorang figura jenayah (lakonan Cruz) membongkar rahsia dan hubungan mengejutkan antara mereka.
Dengan penampilan yang segar dan misteri, jelas Depp bersedia untuk menguasai semula layar perak. Peminat kini menantikan ‘comeback’ penuh bergaya dari bintang berusia 61 tahun itu. – BOOM!