Bintang pop dan ikon fesyen, Rihanna sekali lagi mencuri perhatian dunia apabila mengumumkan dirinya sedang hamil anak ketiga bersama pasangan, rapper A$AP Rocky. Berita gembira itu disahkan sendiri ketika mereka melangkah di karpet merah Met Gala 2025 di New York.
Rihanna, 37, tampil memukau sambil mengusap lembut perutnya di acara fesyen paling berprestij itu. Karpet merah tahun ini bertemakan warna navy dengan hiasan bunga daffodil, sejajar dengan tema “Superfine: Tailoring Black Style”.
Pasangannya, A$AP Rocky atau nama sebenarnya Rakim Mayers, yang juga bertindak sebagai salah seorang co-chair acara tersebut turut mengesahkan berita tersebut kepada media.
“Sudah tiba masanya untuk tunjuk pada dunia apa yang kami dah ‘masak’,” katanya sambil tersenyum menerima ucapan tahniah.
“Terima kasih, terima kasih, terima kasih,” tambah A$AP Rocky.

Pasangan selebriti ini sudah pun dikurniakan dua cahaya mata lelaki, iaitu RZA yang lahir pada Mei 2022 dan Riot yang dilahirkan pada Ogos 2023.
Rihanna sememangnya dikenali dengan pengumuman kehamilan yang ikonik.
Beliau pernah mengejutkan dunia dengan mendedahkan kehamilan anak pertamanya melalui sesi fotografi romantik bersama Rocky di Harlem pada 2022.
Manakala, semasa persembahan Super Bowl 2023, Rihanna tampil dengan perut ‘baby bump’ dan mengesahkan kehamilan kedua secara live di hadapan jutaan penonton. – BOOM!



![[V]Rihanna Umum Hamil Anak Ketiga Di Met Gala!](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/05/RIHANNA-FEATURE-750x375.png)





