PUMA kembali mencuri tumpuan peminat fesyen sukan dengan pelancaran video promosi terbaharu untuk kempen ‘PUMA Speedcat Ballet’, menampilkan Duta Global mereka, Rosé daripada kumpulan sensasi K-pop, BLACKPINK.
Klip promosi dan beberapa foto eksklusif Rosé telah dilancarkan semalam, sekaligus mencetus keterujaan dalam kalangan peminat yang tidak sabar untuk mendapatkan koleksi terbaharu itu.
ROSÉ FOR PUMA pic.twitter.com/3zkorsjUEJ
— rosé pics (@rosespics) April 14, 2025
Menurut laporan terdahulu, sejak Rosé diumumkan sebagai Duta Global PUMA, jumlah dagangan jenama itu melonjak sehingga 49%, membuktikan pengaruh besar bintang Korea tersebut dalam dunia fesyen global.
“Produk yang dipakai Rosé dalam kempen PUMA kini menjadi buruan peminat seluruh dunia,” lapor satu sumber industri.
Lebih menarik, sneaker Puma Palermo yang pernah dipromosikan Rosé sebelum ini telah habis dijual di China, bukan sahaja di platform Douyin (TikTok versi China), tetapi juga di platform e-dagang utama seperti Tmall dan JD.
Untuk rekod, PUMA juga mencatat sejarah apabila menduduki tempat pertama dalam kategori jualan sneaker di Douyin dengan lebih 56,000 unit terjual.
Dengan kemunculan video promosi baharu ini, peminat pasti tidak mahu terlepas peluang untuk jadi antara yang pertama memiliki koleksi eksklusif ‘Speedcat Ballet’ ini.
Rosé bukan sahaja menguasai pentas muzik, malah berjaya ‘menggegar’ dunia fesyen sukan global! – BOOM!