Selepas tampil memukau di pentas Coachella Valley Music and Arts Festival di Indio, California, bintang global Lisa BLACKPINK kini bersiap untuk menghadiahkan satu kejutan istimewa buat para peminatnya.
Pada 20 April lalu, akaun rasmi Lloud – label hiburan dan rakaman yang diasaskan sendiri oleh Lisa mengumumkan bahawa video persembahan secara langsung untuk lagu “Rapunzel” kini sedang dalam proses dan akan dilancarkan tidak lama lagi!
“Rapunzel live performance video is officially on the way,” umum akaun rasmi Lloud.
LISA will release a live performance video for “Rapunzel.”pic.twitter.com/FGs8cxI8IU
— Oneily Vibe (@OneilyVibe) April 21, 2025
Lagu “Rapunzel” bukan sekadar karya muzik biasa. Ia menyentuh tema kemewahan, berdikari, dan imej diri sebagai simbol kuasa serta kebebasan.
Liriknya mengangkat erti kebebasan kewangan dan gaya hidup mewah sebagai lambang kekuatan, sambil menekankan kepentingan penjagaan diri dalam dunia yang serba pantas.
Lisa dilihat semakin berani dan matang dalam membentuk identitinya sendiri sebagai artis solo, dengan mesej yang lebih mendalam dan berpengaruh. – BOOM!