Lisa daripada kumpulan sensasi K-pop, BLACKPINK sekali lagi mencuri perhatian dunia apabila tampil dengan gaya berani dan persembahan bertenaga sepanjang konsert jelajah dunia mereka di Paris, Perancis.
Menerusi beberapa foto yang dimuat naik di media sosial, Lisa mempamerkan penampilan memukau semasa konsert ‘BLACKPINK WORLD TOUR – Paris‘ yang berlangsung pada 2 dan 3 Ogos lalu di Stade de France.

Lebih menarik, setiap gerakan tariannya bersama penari latar penuh tenaga memancarkan karisma profesional yang luar biasa.
Dengan ekspresi yakin dan gaya persembahan yang menggoda, Lisa berjaya memikat ribuan peminat yang membanjiri konsert dua malam tersebut.
BLACKPINK kini terus mara menggegarkan dunia menerusi ‘BLACKPINK WORLD TOUR’ dengan lebih 31 persembahan di 16 bandar utama.
Kumpulan itu termasuk Lisa terus membuktikan dominasi mereka di persada antarabangsa dengan konsep persembahan yang segar dan memikat di setiap pentas. – BOOM!










