Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila menghadiahkan barang kemas bernilai RM1.5 juta kepada isterinya, Datin Seri Shahida.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, pasangan ini dilihat berada di sebuah kedai emas dengan wajah ceria. Aliff kelihatan tidak lokek berbelanja demi membahagiakan isteri tercinta.
“Syukur hari ini, tidak tahu apa mimpi Aliff Syukri nak belikan barang kemas,” tulis Shahida.
Apa yang lebih menarik, Aliff sempat berseloroh dengan kenyataan yang penuh gaya:
“Isteri saya Datin Seri, bukan Mak Cik. Ini semua aset kita, ambil saja.”
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen. Ramai yang memuji tindakan Aliff sebagai suami penyayang dan mempertahankan maruah isterinya daripada cercaan netizen. – BOOM!