Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

[VIDEO] “Tiga Kerjasama, Tiga Status Berbeza” – Elly Arifin Tiada Masalah Dengan Bekas Suami

31/07/2022
Syarrizuan Rashidoleh Syarrizuan Rashid
in Eksklusif, Selebriti
[VIDEO] “Tiga Kerjasama, Tiga Status Berbeza” – Elly Arifin Tiada Masalah Dengan Bekas Suami

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Jodoh tidak berpanjangan sebagai suami isteri bukanlah alasan untuk memutuskan hubungan secara peribadi mahupun profesional.

Itulah yang dipegang pasangan pelakon Elly Arifin dan Jiggy Masin yang tidak berdepan masalah bekerjasama meskipun sudah tidak lagi ada pertalian sebagai suami isteri.

Berpisah secara baik, Elly berkata dia menerima tawaran sebagai pengacara Live Plus Muzikal Lawak Superstar (MLS) bersama Jiggy dengan hati terbuka dan atas dasar profesional.

“Kami sebenarnya hairan juga kenapa risau untuk tawarkan kami bergandingan. Saya dan Jiggy tidak bergaduh dan masih berkawan.

“Kami berpisah pun cara baik dan masing-masing faham dan meneruskan rencana hidup kami termasuk sebagai anak seni,” katanya.

Pelakon Antara Ikhlas dan Kaca itu berkata, apa yang lebih menarik gandingan kali ini adalah yang ketiga bagi mereka dengan status berbeza.

“Saya pernah bergandingan dengan Jiggy sebelum kami berkahwin, kemudian yang kedua ketika bergelar suami isteri dan yang terbaharu setelah kami berpisah.

“Tiga kali bekerjasama dengan status berbeza. Alhamdulillah, masing-masing tidak ada masalah dan dapat lakukan tugas kami,” katanya.

Akuinya, tidak dinafikan ada rasa risau yang bersarang di hati, tetapi bukan kerana Jiggy sebaliknya penerimaan pihak penerbitan.

“Saya pun hanya tahu ketika majlis sidang media yang sah Jiggy akan bergandingan dengan saya, itupun dia tidak hadir kerana ada tugas lain.

“Kami memang tidak ada berhubung atau berbincang hanya berjumpa pada minggu pertama MLS dan laksanakan tugas kami.

“Jujurnya saya lagi risau penerimaan pihak penerbit sama ada mereka suka atau salah buat percaturan, Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar,” katanya.

Elly turut berterima kasih kepada Ebby Yus yang bersama mereka serta tidak kekok meskipun diusik pelawak itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

Katanya, dia juga selesa kerana program yang dikendalikan berkonsepkan lawak di mana usik mengusik sudah menjadi antara elemen persembahan.

Lebih dari itu, dia juga melahirkan rasa bertuah kerana kesemua krew penerbitan yang terlibat juga dalam kalangan kenalan mereka yang sentiasa memberikan sokongan.

“Macam minggu pertama kami berpakaian tradisional jadi bila kami turun ke set semua dah usik dengan bunyi kompang,” katanya tertawa.

Walaubagaimanapun, tegas Elly apa yang dilakukan hanya atas dasar kerja dan untuk hiburan penonton semata-mata dan tidak memberikan sebarang gambaran tentang hubungan mereka berdua.

“Biasa elemen manja-manja itu yang orang mahu tengok, jadi kita belanja sikit. Tapi bukan bermakna kami sedang berusaha untuk memenangi hati masing-masing, semuanya atas dasar kerja,” katanya.

Elly yang nama sebenarnya Nurul Elyana Kamalul Arifin berkahwin dengan Jiggy atau Mohammad Aizat Ahmad Nazri pada 2016 dan berpisah pada 2020. – BOOM!

Previous Post

[VIDEO] Wani Kayrie Tiru Gaya Nikki, Tetapi Ini Pula Jadinya… – “Dia Sangat Comel”

Next Post

Manvinder Singh Ditahan Polis, Terkait Ancaman Bunuh Diterima Katrina Kaif Dan Suami

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Takut Akhirat Ke?” – Linda Hashim Tempelak Beego Isu Nafkah Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Panggil Kak Zahirah…” – Nafiz Muaz Sempat Beraya Dengan Kerabat Diraja Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon The Brutalist Mengaku Selektif Lepas Menang Oscar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Ashton Kutcher & Mila Kunis Tampil Mesra Di Konsert, Tepis Spekulasi Rumah Tangga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rambut Disamakan Dengan Brokoli, Khai Bahar Akui Bukan Murah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli ‘Koyak’ Sampai Tak Lalu Makan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar bersumpah pernah diliwat berkali-kali

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezzanie Jasny Cedera Kepala Dalam Kemalangan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd