Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

[VIDEO] Seperti Penjual Makanan, Idris Brown Tawar Menu Baharu Buat Pencinta Muzik

24/01/2022
Syarrizuan Rashidoleh Syarrizuan Rashid
in Eksklusif, Ekstra, Exposé, Hiburan, Selebriti
[VIDEO] Seperti Penjual Makanan, Idris Brown Tawar Menu Baharu Buat Pencinta Muzik

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang perkembangan Idris Brown selaku juara rancangan All Together Now Malaysia (ATNMY) selepas aksi memukaunya mengutip markah sempurna 100 peratus ketika pentas final pertandingan itu.

Malah khalayak turut melahirkan rasa kagum tatkala mendengar aksi duet penyanyi baharu berkenaan apabila bergandingan dengan Idayu Yaakob semasa sesi pembukaan program Gegar Vaganza musim kelapan (GV-8) yang berakhir semalam.

Idris bergandingan dengan Idayu semasa sesi pembukaan program Gegar Vaganza musim kelapan (GV-8)

Ternyata, kemampuan Idris atau Idris Zulkifli, 26, mempertaruhkan lagu Bella Ciao dan Isabella berada dalam kelasnya tersendiri yang disertakan gemeresik alunan vokalnya.

“Walaupun genre klasikal kedengaran asing di pasaran muzik Malaysia, namun saya tetap akan teruskan memperjuangkan rentak ini.
.
“Pun begitu, demi menepati cita rasa semasa, saya akan suntik alunan muzik bernuansa pop supaya ia diterima baik oleh pendengar.

“Seperti penjual makanan, saya tawarkan menu baharu kepada pelanggan. Jadi kalau ada genre balada, rock saya tambahkan lagi pilihan yang ada dengan klasikal pop,” katanya.

Dia menambah, dua buah single nyanyiannya termasuk satu karya duet dengan seorang penyanyi terkenal akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Yakin dengan jalur muzik yang dipilih, Idris amat berpuas hati merakamkan single solonya sebagai langkah pertama bergelar penyanyi.

“Sebaik proses pembikinan siap, saya akan kongsikan kepada semua dan berharap mendapat sokongan sewajarnya, sekali gus mewarnai industri muzik tanah air.

“Bagaimanapun, gerangan rakan duet saya terpaksa dirahsiakan dulu sehinggalah majlis pelancaran diadakan kelak,” katanya.

Mengimbas langkahnya kala memulakan pertandingan ANTMY, Idris akui dia ditanya beberapa kali soal kepastiannya untuk membawakan lagu klasikal.

Bagi dirinya, dia yakin dengan kelainan yang dibawa dan ternyata percaturannya berbaloi sehingga diumumkan pemenang utama.

“Saya memang rancang menggabungkan elemen pop dan klasikal supaya mudah memikat halwa telinga pendengar. Alhamdulillah menjadi,” katanya.

Idris turut mengakui dia mengangumi bakat luar biasa dimiliki Idayu serta berbangga dapat berduet bersamanya.

“Idayu penyanyi yang sangat bagus dan banyak membantu. Saya bertuah dapat bergandingan dengannya,” kata pemuda yang mendapat julukan The One And Only Malaysian Tenor. – BOOM!

Previous Post

[VIDEO] “Saya Tak Nak Main-Main” – Haikal Farid Susun Strategi Agar Mudah Diterima

Next Post

Kemunculan Fiq Halim Di Malam Final GV-8 Beri Gambaran Barisan Peserta Musim Depan

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hati Terguris Bukan Penghalang, Fazura Pilih Maafkan Lan Pet Pet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aiskrim Magika, Kolaborasi Kruniverse Dan SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • I.N Stray Kids Sumbang 100 Juta Won Bantu Pesakit Kanser

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hadiah Istimewa! Maryam Durian Kimchi Selamat Lahirkan Anak Kedua Pada Hari Lahirnya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pokemon Francais Anime Terlaris Dunia, Tewaskan Marvel Tiga Kali Ganda!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd