Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

[VIDEO] “Saya Bukan Nak Galakkan Judi” – Tunku Mona Perjelas Sebab Arahkan Filem Rain Town

10/10/2022
Syarrizuan Rashidoleh Syarrizuan Rashid
in Eksklusif, Selebriti
[VIDEO] “Saya Bukan Nak Galakkan Judi” – Tunku Mona Perjelas Sebab Arahkan Filem Rain Town

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pernah memegang gelaran sebagai pemenang Anugerah Pengarah Harapan bukanlah satu jaminan untuk wanita ini berkarya, sebaliknya Tunku Mona Riza seperti biasa akan mendalami kisah yang bakal diarahkan.

Selepas filem Redha hasil tangannya yang mendapat perhatian sebelum ini, sutradara itu kembali dengan filem Rain Town yang bakal ditayangkan pada tahun depan.

Jika dalam filem sebelum ini cabaran membesarkan anak autism menjadi tunjang cerita, kali ini Mona memilih hujan sebagai simbolik serta nilai estetika dalam karyanya dan lebih menarik hasil karyanya kali ini menggunakan bahasa Kantonis.

Kin Wah dan Susan (barisan depan) menjadi tunjang utama Rain Town dengan disertai wajah baharu sebagai anak-anak mereka.

“Judul Rain Town ini kerana kita menjalani penggambaran di bandar Taiping, Perak yang diketahui menjadi kawasan paling banyak menerima hujan di negara ini.

“Mengenai idea menghasilkannya dalam bahasa Kantonis ialah kepelbagaian masyarakat majmuk serta sesuai dengan japan cerita yang ditampilkan,” katanya.

Mona berkata idea dan jalan cerita filem itu diterangkan kepada pasukannya dan ditulis oleh seorang penulis skrip dalam bahasa Kantonis.

Malah ketika kunjungan ke lokasi penggambaran baru-baru ini juga tenaga produksi dibarisi oleh pelbagai lapisan bangsa.

Bercerita lanjut, Mona berkata filem arahan keduanya itu menampilkan gandingan Chew Kin Wah yang memegang watak sebagai Chew dan Susan Lankester (Ai Lin) sebagai tunjang utamanya.

Rain Town merupakan naskah filem berbahasa Kantonis.

“Pada awalnya, mesti penonton akan rasakan filem ini bercerita mengenai ‘pertaruhan hujan’ yang pernah wujud di Taiping. Namun ia hanyalah kisah permulaan sahaja kerana Rain Town mengangkat kisah keluarga.

“Watak utama dibawa oleh pelakon berbakat besar, Chew Kin Wah yang memegang karakter Chew, seorang pesara yang terlibat dalam pertaruhan hujan (rain betting).

“Chew tinggal bersama bersama isteri, Ai Lin (Susan Lankester) dan tiga orang anak iaitu Isaac (Fabian Loo), Alex (Wilson Lee) dan Ruby (Pauline Tan).

“Chew seorang bapa yang suka campur tangan kehidupan anak-anak dan membuatkan urusan keluarga mereka huru-hara. Saya percaya, banyak keluarga lain turut berhadapan dengan ibu bapa yang suka mengatur kehidupan anak-anak mereka,” katanya.

Mona berkata, antara mesej penting yang ingin disampaikan ialah ibu bapa juga harus mengambil minat dan kecenderungan anak-anak serta tidak terlalu berkeras menentukan pilihan mereka tanpa mengambil kira faktor anak itu sendiri.

Ditanya mengenai harapannya terhadap Rain Town, Mona menguntum senyum dan berkata, dia mahu memberikan fokus menyiapkan karya berkenaan.

Rain Town padat dengan pengajaran untuk keluarga.

“Insya-Allah filem ini bakal ditayangkan tahun hadapan. Sejujurnya, saya tak boleh beri apa-apa harapan untuk buah tangan kedua ini. Saya sendiri tak tahu bagaimana penerimaan Rain Town kelak, adakah ia akan pergi jauh.

“Atau adakah filem ini akan meraih mana-mana trofi, adakah naskhah ini akan mendapat pengiktirafan dan sebagainya,” katanya.

Mona sebelum ini pernah merangkul trofi Pengarah Harapan Terbaik menerusi naskhah Redha di Festival Filem Malaysia ke-29 pada 2017. – BOOM!

Previous Post

Bekas CEO Finas, Dr Ahmad Idham Dilantik Ketua Penerangan GTA Negeri Sembilan

Next Post

[VIDEO] Dinikahkan Sahabat Baik Sendiri, Adik Sabhi Saddi, Fareed K-Clique Sah Jadi Ipar MK

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd