Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

[VIDEO] “Pengarah Ellie Suriaty, Kisah Saadiah Ini Pula Zaman Dia…” – Sebab Ayu Puteh Pilih Khatijah Tan

16/07/2022
Abang Deeoleh Abang Dee
in Eksklusif, Selebriti
[VIDEO] “Pengarah Ellie Suriaty, Kisah Saadiah Ini Pula Zaman Dia…” – Sebab Ayu Puteh Pilih Khatijah Tan

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Demikian kata penerbit, Datuk Normashayu Puteh atau Ayu Puteh yang menghargai penerimaan pelakon senior, Khatijah Tan untuk membintangi filem terbaharu terbitan syarikat produksinya, Pencil Pictures & Records berjudul Saadiah – Bekal Kasih Merdeka.

Ayu berkata, meski pernah menerima pelbagai penghargaan, namun Khatijah yang disapa sebagai Mak tidak berkira atau meletakkan harga terlalu tinggi untuk membintangi naskhah berkenaan.

“Kita ingatkan bila Mak sukakan projek ini selepas selesai baca skrip dan kita memang mahukan Mak, ingatkan dia akan letak harga ‘potong kepala’. Tapi Mak bukan macam tu, seperti segelintir pelakon.

“Dia teruja kerana ini projek filem epik dan mendukung watak Saadiah. Kalau nak diikutkan, dia bintang utama di dalam filem ini sebenarnya. Mak pun bukan bagi sikit-sikit, dia berikan ‘roh’ untuk filem ini.

Barisan pelakon Saadiah – Bekal Kasih Merdeka.

“Bila tengok babak lakonannya di set penggambaran Saadiah, buat kami rasa kagum. Memang bakat Mak ‘gifted’ sebagai seorang pelakon,” katanya.

Melihat kepada komitmen tersebut, Ayu cuba memberikan bayaran yang lebih baik.

“Bila dia letak harga begitu, kami terkejut. Saya dan Ellie saling memandang. Jadi mengenangkan bakat dan penghargaan kepada Mak, kami ‘tutup mata’, berikan harga lain untuk dia.

“Sebab dialah yang menghidupkan keseluruhan cerita. Harga tersebut dia letak kerana awalnya ia super tele-movie dan tak masuk panggung, tapi skala nakshah ini besar.

“Mak masuk set dengan babak air mata tu, saya beritahu Ellie (bayaran lakonan) selepas tiga hari penggambaran dan kami saling memahami,” katanya lagi.

Ditanya persembahan Khatijah menerusi Saadiah, ternyata Ayu kagum dan berpuas hati.

Ellie Suriaty sebagai pengarah Saadiah – Bekal Kasih Merdeka.

“Saya sangat puas hati, tiada komen. Pertama kali ambil Mak berlakon, saya sudah jatuh cinta dengan dia. Mak juga tidak ‘diva’, mudah berikan kerjasama.

“Begitu juga dengan pelakon lain alhamdulillah. Bagi saya, bakat lakonan yang dimiliki ini tidak boleh dibeli dengan duit,” katanya lagi.

Saadiah – Bekal Kasih Merdeka diinspirasikan daripada kisah balu anggota polis, Saadiah Abdullah yang menghantar makanan ke IPD Gerik selama 37 tahun sebagai mengenang arwah suaminya, Alias Nik Daud yang meninggal dunia pada 1975 dalam serangan hendap pengganas komunis sewaktu bertugas sebagai jurupandu bot di balai berkenaan.

Filem yang turut dibarisi Azrel Ismail, Kaka Azraff, Fian Ali, Yuswizar, Faizal Hussien dan ramai lagi ini bakal ditayangkan di pawagam tahun hadapan. – BOOM!

Previous Post

“Saya Akan Buat Yang Terbaik” – Sajat Tak Sangka Lolos Uji Bakat Jadi Model Di Australia

Next Post

Good Bye JoHaRa | Tekanan Jaga Tiga Anak | Shahir Dah Bertunang | Cik B Kena Sihir

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Dedah Kisah Seram Diganggu Pontianak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Laki Pun Ada…” – Gara-Gara Selalu Tayang Badan, Ramai DM Noki K-Clique Gambar Lucah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ellie Goulding Dedah Serangan Panik Halang Tinggalkan Rumah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd