Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

[VIDEO] “Lebih Sweet Dan Manja” – Da Unknown Nafi Tiru Kumpulan BTS

15/11/2021
Mimi Hadidoleh Mimi Hadid
in Eksklusif, Exposé, Hiburan
[VIDEO] “Lebih Sweet Dan Manja” – Da Unknown Nafi Tiru Kumpulan BTS

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Kumpulan nyanyian remaja, Da Unknown yang popular menerusi lagu Baby Sayang menafikan mereka cuba meniru kumpulan K-Pop terkenal antarabangsa, BTS.

Dianggotai oleh empat anak muda, Da Unknown terdiri daripada Izmeer, Haf, Ameer dan Momo.

Menurut Ameer, karya Baby Sayang yang dijadikan single pertama mereka juga langsung tidak menyamai lagu-lagu daripada BTS.

“Mungkin sebab kami berkumpulan, sebab itulah mereka kata kami macam BTS.

“Kalau begitu, bolehlah kalau saya kata ramai juga artis solo yang meniru Justin Bieber.

“Misalnya Ismail Izzani atau As’ad Motawh. Sebab apa? Sebab mereka berdua boleh menyanyi dan menari.

“Akan tetapi, tak ada la saya nak cakap macam itu kerana ramai lagi astis yang boleh menyanyi sambil menari,” jelasnya menepis dakwaan.

Justeru celah Momo, samalah situasinya dengan Da Unknown memandangkan mereka adalah sekumpulan anak muda yang menyanyi dan menari.

“Tidak perlu timbul siapa tiru siapa sebab masing-masing ada keunikan tersendiri.

“Tak faham kenapa ada segelintir warganet yang mengatakan kami adalah BTS Malaysia,” persoalnya.

Ditanya apakah konsep lagu-lagu kumpulan Da Unknown, kata Izmeer mereka tidak terikat dengan satu genre sahaja.

“Kami sukakan penerokaan. Da Unknown akan sentiasa mencuba rentak berlainan, lagu berbeza-beza,” katanya.

Menyentuh tentang debut Baby Sayang yang kedengaran seperti lagu kanak-kanak, mereka sepakat untuk tidak ambil peduli sebarang label yang diberikan pendengar asalkan digemari ramai.

“Ibarat menghidangkan makanan kepada orang, ada yang suka dan ada yang tidak.

“Muzik ini luas, setiap pecinta muzik memperjuangkan genre berbeza-beza. Kalau nak kata lagu kami hanya didengar oleh budak-budak, terpulanglah.

“Bukan salah kami mengeluarkan lagu itu. Kalau ada yang kurang, kami akan tambah. Kalau ada yang beri semangat, kami jadikan sebagai penguat,” tambah Izmeer.

Sehingga kini, lagu Baby Sayang telah berjaya mendapat 1.5 juta tontonan di YouTube dalam masa lima bulan selepas dilancarkan.

Idea lagu berkenaan diilhamkan oleh Momo yang mengambil inspirasi daripada perkataan ‘Baby Sayang’, ungkapan tular disebut pelakon terkenal, Mira Filzah.

“Lagu ini sesuai untuk golongan bercinta memujuk pasangan masing-masing dengan cara lebih sweet dan manja,” ujar Haf. – BOOM!

Previous Post

[VIDEO] “Belajar Dulu, Kemudian Hafal” – Abe Kelate Dari Turki Tunjuk Handal Rap Melayu

Next Post

“Best Day Ever!” – Usai 13 Tahun Dikurung, Britney Spears Kini Bebas

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hati Terguris Bukan Penghalang, Fazura Pilih Maafkan Lan Pet Pet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aiskrim Magika, Kolaborasi Kruniverse Dan SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • I.N Stray Kids Sumbang 100 Juta Won Bantu Pesakit Kanser

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hadiah Istimewa! Maryam Durian Kimchi Selamat Lahirkan Anak Kedua Pada Hari Lahirnya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pokemon Francais Anime Terlaris Dunia, Tewaskan Marvel Tiga Kali Ganda!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd