Satu video memperlihatkan aksi mesra Julie anggota kumpulan Kiss Of Life bersama ahli VERIVERY iaitu Kangmin tersebar sehingga menjadi perdebatan para peminat. Selain Kangmin, turut kelihatan dalam video itu ialah Yeonho, yang juga merupakan ahli kumpulan VERIVERY.

Agensi pengurusan Julie, S2 Entertainment dikhabarkan akan mengambil tindakan tegas bagi menghentikan penyebaran video tersebut daripada terus berleluasa di media sosial.

Dalam kenyataannya, S2 Entertainment menegaskan akan terus melindungi hak privasi artis di bawah naungan mereka daripada terus dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab.
![]()
Terdahulu, tersebar sebuah video mesra di antara Julie dan Kangmin dalam sebuah bilik privasi bar, yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) bilik berkenaan. – BOOM!









