Belum sempat reda kisah bahagia perkahwinan usahawan piza terkenal, Jofliam bersama wanita pilihan hatinya, Dewi — kini timbul pula kontroversi baru yang mencuri perhatian netizen.
Baru sahaja lima hari bergelar suami isteri, satu perkongsian di platform Thread mencetuskan perdebatan apabila Dewi didakwa meniru imej bekas isteri Jofliam, iaitu pempengaruh media sosial terkenal, Cik Epal.
Menerusi beberapa gambar yang dikongsi pengguna tersebut, penampilan Dewi dilihat seakan-akan menyerupai gaya Cik Epal — daripada cara berpakaian hinggalah ke aksesori yang dipakai.
“The World of the Married sangat vibe ni…” tulis seorang pengguna, merujuk kepada drama Korea popular yang berkisarkan cinta tiga segi dan pengkhianatan.
Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan pandangan mereka. Ada juga yang mempertikaikan motif hantaran tersebut dan menganggap ia sekadar spekulasi atau mungkin hanya kebetulan dari segi gaya dan penampilan.
Apa pun, kisah rumah tangga Jofliam terus menjadi perhatian — sama ada kerana kisah cinta baharu atau bayangan masa silam yang masih menghantui. – BOOM!
Sumber: Threads