Kalau ada satu perkara yang dunia boleh setuju, muzik memang ada kuasa magis untuk menyatukan dunia — termasuklah dua nama besar dari dua benua berbeza: Coldplay dan TWICE!
Segalanya bermula pada 16 April lalu, ketika kumpulan K-pop popular TWICE menjadi pembuka pentas untuk jelajah Music of the Spheres oleh Coldplay di Goyang Stadium, Korea Selatan. Persembahan penuh tenaga mereka nyata mencuri perhatian — peminat menjerit, menangis, dan ‘replay’ dalam kepala selama berhari-hari.
Tapi, yang paling memukau? Coldplay dan TWICE naik pentas bersama untuk menyampaikan lagu We Pray secara langsung dalam versi dwibahasa yang terus mencetuskan kehangatan di seluruh internet.
“It’s giving major cosmic energy,” kata peminat.
Kini, kolaborasi yang tak disangka tapi sangat dinanti ini bakal jadi realiti sepenuhnya! We Pray – TWICE Version akan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat, 18 April.
Coldplay mengesahkan berita itu melalui Instagram dengan memuat naik video Chris Martin bersama kesemua ahli TWICE di atas pentas.
Lagu asal We Pray dari album 2024 Moon Music sudah pun menampilkan nama-nama besar seperti Little Simz, Burna Boy, Elyanna dan TINI — malah berjaya memasuki carta Billboard Hot 100.
Bersedialah untuk mendengar suara ikonik Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung, dan Tzuyu menyuntik pesona TWICE ke dalam galaksi Coldplay. – BOOM!