Selepas tular video berbalas sindiran antara usahawan Nur Nilam Ortiz dan wanita berniqab yang didakwa bakal isteri kedua, pelakon Azlan Komeng akhirnya tampil mempertahankan isterinya yang sah.
Menerusi video dimuat naik di TikTok, Azlan dilihat hilang sabar dengan tindakan bakal madunya, Maizila Aini, yang dikatakan telah melanggar sempadan yang telah ditetapkan antara mereka.
“Aku dah dapat maklumat daripada pihak di sana. Yang sedar diri dia siapa, sedar lah,” katanya tegas.
Menurut Azlan, isu yang sepatutnya boleh diselesaikan secara baik kini menjadi lebih keruh akibat sikap tidak berdisiplin salah seorang pihak.
@azlankomeng_official Masa dah time…. Alhamdulillah… ingatan buat diri, YANG SUKA KITA AKAN FAHAM, YANG TAK SUKA KITA AKAN TERUS MEMBENCI. #bismillah ♬ original sound – AzlanKomeng
“Aku tak mahu di tahap sampai sakitkan hati sesiapa atau menyusahkan orang lain. Perkara yang tak patut jadi isu, dah jadi isu. Yang dah bincang dengan baik pun jadi hal. Jadi, tiada guna untuk berbincang,” luahnya.
Azlan turut memberi peringatan keras yang dipercayai ditujukan kepada Maizila, yang didakwa telah menyentuh dan membuat sesuatu yang menimbulkan keresahan kepada isterinya, Nilam.
“Kau dah langgar sempadan yang aku bagi. Aku dah kata, jangan kau sentuh Nilam. Jangan buat perkara yang meresahkan Nilam, kalau kau betul ikhlas nak ada dengan kami,” tegas Azlan.
Tambahnya lagi, dia tidak akan berdiam diri dan bakal mendedahkan segala yang sebenar apabila tiba masanya. – BOOM!



![[V]Azlan Komeng Berang, Beri Amaran Tegas Kepada Bakal Isteri Kedua?](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/05/KOMENG-FEATURE-750x375.png)






