Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie sekali lagi mencuri perhatian selepas namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan perkongsian video bersama seorang lelaki dikenali sebagai Daddy Ash ketika berada di Bali, Indonesia.
Terkini, Zarina atau mesra disapa Anju memuat naik video di Instagram yang memperlihatkan dirinya hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) ditemani peguam bagi memberi keterangan berhubung isu berkenaan.
“Terima kasih sangat-sangat pada pihak MCMC sudi bantu buat siasatan dengan sangat telus dan tertib.
Sangat baik mereka layan saya. Terima kasih juga pada lawyer saya, Dato Azar dan Encik Nick,” kata Anju.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk menegur dan menasihati Anju agar lebih berhati-hati dalam berkongsi kandungan di media sosial.
Ada juga yang mengingatkan supaya beliau tidak mudah terjebak dengan individu yang mempunyai rekod kontroversi serta memikirkan masa depan dan nama baik keluarganya. – BOOM!
Sumber: Instagram anjoulielavocah1



![[V] Zarina Anjoulie Hadir Ke SKMM, Netizen Titip Pesan – “Hati-Hati Lepas Ni”](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/08/ANJU-FEATURE-1-750x375.png)





