Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

[V] Yonnyboii, Alyph Akui Pernah ‘Sengkek’ – “Semua Orang Lalui Fasa Ini, Termasuk Kami…”

02/03/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Exposé, Selebriti
[V] Yonnyboii, Alyph Akui Pernah ‘Sengkek’ – “Semua Orang Lalui Fasa Ini, Termasuk Kami…”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Dua penyanyi hip hop Yonnyboii dan Alyph berkongsi pengalaman ketika melalui fasa ‘sengkek’ atau kewangan belum stabil menerusi single terbaharu mereka.

Kisah tersebut diterjemah ke dalam single terbaharu yang berjudul Sengkek.

Bercerita mengenai single Sengkek, Yonnyboii atau nama sebenar, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 24, berkata, lagu itu berkisar pengalaman dilalui ketika mula bertapak dalam dunia muzik dengan kemampuan kewangan terbatas, namun, impian menggunung.

“Saya cipta lagu ini kerana kita semua pernah melalui fasa ‘sengkek’ atau tidak mempunyai kewangan kukuh hingga sukar meneruskan kelangsungan hidup.

“Lagu ini berkait rapat dengan diri saya. Jadi, saya fikir, fikir tidak tulis lagu yang mampu difahami dan boleh dikaitkan dengan orang ramai.

“Selain itu, lagu ini menceritakan perjalanan individu mengejar cita-cita tanpa wang dan bagaimana seseorang berjaya menempuhi cabaran untuk sampai ke titik selesa,” katanya.

Single Sengkek yang mengambil masa tidak sampai dua bulan disiapkan itu mendapat sentuhan magis pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37, SonaOne.

Yonnyboii yang menerima trofi Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-23 menerusi album Yonny (Deluxe Version) berkata, semangat menerbitkan Sengkek memuncak selepas menerima maklum balas positif daripada demo yang dimuat naik dalam media sosial.

“Selepas dapat pelbagai respons positif peminat dan pengikut, saya ambil keputusan menyiapkan Sengkek dan mengajak Alyph bekerjasama.

“Kemudian, saya hantar demo lagu ini kepada SonaOne untuk proses susunan dan penerbitan hinggalah terhasilnya single kolaborasi saya dengan Alyph ini,” katanya pada sidang media lagu Sengkek di ibu negara, kelmarin.

Sementara itu, Alyph mengaku yakin Sengkek mampu terbang tinggi selepas kali pertama mendengar melodinya.

Alyph atau nama sebenar, Alif Abdullah, 33, kagum dengan kesungguhan Yonnyboii sepanjang proses pembikinan lagu hingga mendorongnya memberi komitmen dalam projek itu.

“Saya dapat dengar keikhlasan dan kejujuran dalam suara Yonnyboii ketika mendengar demo ini di studio SonaOne.

“Pada saat itu, saya mahu memasukkan sesuatu dari sudut pandang sendiri untuk menambah lagi rasa lagu ini,” katanya.

Ditanya mengenai keserasian mereka dalam projek ini, Alyph berkata, semuanya lancar mengikut apa yang sudah dirancang.

“Adakalanya sukar mencari keserasian dalam menghasilkan lagu kerana ia bukan perkara yang boleh dipaksa. Tetapi, untuk lagu ini, semuanya lancar dan masing-masing dapat menyesuaikan diri dengan baik.

“Sejujurnya, saya hanya tumpang untuk memberi nilai tambah kepada lagu ini. Selebihnya, adalah hasil usaha dan kerja keras Yonnyboi,” katanya.

Lagu Sengkek diterbitkan Def Jam Recordings Malaysia boleh didengari di semua platform penstriman muzik sejak semalam manakala video muzik rasmi sudah ditayangkan di Youtube Yonnyboii. – BOOM!

Previous Post

Badan Lemah, Yana Samsudin Masuk Wad Selepas Dua Hari Demam – “Dia Dijangkiti Influenza B”

Next Post

Proses Sulh Gagal, Lufya Omar Fail Tuntutan Mutaah RM1 Juta Terhadap Bekas Suami

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ameera Khan Idam Lelaki Kaya, Boleh Membimbing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Siri Adaptasi Harry Potter HBO Max Dijangka Jadi Fenomena

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIGBANG Bakal Buat Kemunculan Semula Sempena Ulang Tahun Ke-20

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayesha Khan Dakwa Jadi Mangsa Manipulasi AI

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aiskrim Magika, Kolaborasi Kruniverse Dan SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nubhan Failkan Dua Lafaz Talak — Mohon Mahkamah Sahkan Cerai 2017 dan Ogos Lalu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Tegaskan Bekas Tunang Zarina Hanya Rakan Kerja

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Filem Tan-Ti-Ana Lain Daripada Yang Lain, Hantu Dia Special” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Seram

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd