Jennie, Jisoo, Rosé dan Lisa kembali bersatu dalam sebuah trailer epik bagi memulakan promosi jelajah dunia mereka yang dinanti-nantikan, BLACKPINK 2025 World Tour: ‘Deadline’.
Menerusi trailer yang dimuat naik pada 26 Jun, setiap anggota BLACKPINK dilihat menerima panggilan telefon daripada Rosé sebelum mereka bergegas ke lokasi pertemuan.
Video tersebut menggambarkan misi mereka untuk sampai kepada peminat di seluruh dunia, sekali gus membina keterujaan terhadap apa yang bakal ditampilkan dalam konsert kali ini.
Jelajah dunia ‘Deadline’ akan bermula secara rasmi di Stadium Goyang, Korea Selatan selama dua hari berturut-turut pada 5 dan 6 Julai.
Dalam persembahan pembuka ini, BLACKPINK dijangka mempersembahkan single terbaharu mereka buat pertama kali secara eksklusif.
Tour ini bakal menjelajah 16 bandar utama merangkumi Amerika Utara, Eropah, Asia dan lokasi-lokasi lain yang bakal diumumkan. – BOOM!



![[V] Trailer ‘Deadline’ BLACKPINK Raih Perhatian, Peminat Makin Teruja!](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/06/BLACKPINK-FEATURE-750x375.png)





