Anak kepada usahawan sensasi Kak KM, iaitu Nabila Razman, tampil membidas komen netizen selepas ibunya dikaitkan dalam satu video TikTok terbarunya.
Dalam video berkenaan, Nabila mengenakan ‘crop top’ putih berlengan pendek sambil membuat gerakan bibir menyanyi lagu.
@smexyshawtyMorning
Namun, penampilannya mengundang teguran apabila sebahagian netizen menyifatkan pakaiannya terlalu terdedah kerana menampakkan perut dan pusat.
Lebih mengejutkan, seorang individu turut menyindir bahawa Kak KM kini tiada ‘geng’ untuk ‘beraksi’ di rumah setelah Nabila berhijrah ke Singapura.
Nabila membalas dengan tegas bahawa tidak perlu mengaitkan ibunya dalam hal tersebut.
“Tak payah sebut mak aku lah orang tua,” balas Nabila.
Bagaimanapun, hasil tinjauan BOOM! mendapati komen tersebut telah dipadam oleh Nabila tidak lama kemudian.


Dalam masa sama, ramai netizen turut menasihatkan Nabila agar menjaga diri di negara orang, memandangkan dia kini memulakan kehidupan dan kerjaya baharu tanpa keluarga di sisi. – BOOM!



![[V] “Tak Payah Sebut Mak Aku Lah..” – Nabila Tempelak Netizen Kaitkan Kak KM](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/07/NABILA-FEATURE--750x375.png)






