Pempengaruh dan usahawan terkenal, Opai memujuk isterinya, Fatin Afeefa, dengan hadiah mewah berupa beg tangan jenama Hermes Birkin selepas isterinya dikatakan merajuk.
Menerusi perkongsian di TikTok, reaksi terkejut Fatin ketika menerima hadiah tersebut turut mencuit hati netizen.
@mirzanjohor Fatin Afeefa merajuk dapat hadiah Birk!n? Dalam podcast sebelum ni kami ada cerita tentang kisah suami seorang artis wanita yang menghadiahkan beg Birk!n untuk memujuk isterinya. So orang tersebut adalah @aliff_awang dan @fatinafeefa8 ya guys. So, ini rakaman yang dibuat oleh Rabi dan Aisyah sewaktu menghantar beg tersebut kepada Fatin Afeefa. #FatinAfeefa #AliffAwang #Opai #RabiSenrose #AisyahDugem #IconLuxe #MirzanJohor #LuxuryBag ♬ original sound – MirzanJohor l IconLuxe.my
“Kiranya kalau Opai buat saya marah, saya dapat beg.
Kalau macam tu, buat lagi saya marah,” katanya berseloroh sambil ketawa.
Walaupun menerima beg tangan yang bernilai puluhan ribu ringgit, Fatin secara bersahaja berkata hadiah itu masih belum cukup untuk memujuk hatinya.
“Tak cukup… I need a Rolex,” katanya sambil ketawa.
Sebelum ini, pempengaruh MirzanJohor pernah berkongsi di media sosial bahawa seorang selebriti menghadiahkan beg Birkin kepada isterinya, namun identiti individu itu dirahsiakan yang kini merujuk kepada Opai dan Fatin.
Di ruangan komen, ramai netizen memuji tindakan Opai yang dianggap ‘sweet’ dan romantik kerana sanggup memenuhi kehendak isterinya semata-mata untuk memujuk. – BOOM!



![[V] “Tak Cukup, I Need A Rolex” – Opai Pujuk Fatin Afeefa Dengan Beg Hermes](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/06/AFIFAH-FEATURE-1-750x375.png)




