Buat pertama kali dalam kariernya, Kevin Jonas tampil mempersembahkan lagu solo berjudul Changing pada konsert Jonas Brothers’ Greetings from Your Hometown Tour di Boston, Sabtu lalu (23 Ogos).
Walaupun pada awalnya dia mengaku sangat gementar, Kevin, 37, berjaya mencuri perhatian ribuan penonton dan dikatakan “mencuri show” dengan persembahan penuh karisma.
“Saya sangat gementar, jadi harap semua dapat bersabar dengan saya,” katanya di atas pentas sebelum memulakan nyanyian.
Momen itu menjadi lebih istimewa kerana selama 20 tahun bersama Jonas Brothers, Kevin lebih dikenali sebagai ahli gitar dan sering berada di sisi adik-adiknya, Nick dan Joe Jonas.
Persembahan solonya di Boston dianggap kejutan manis buat peminat.
Video persembahan tersebut kini tular di media sosial, termasuk di platform X, dengan ramai memuji keberanian Kevin.
Walaupun bermula dengan rasa gugup, dia berjaya mengawal pentas sejak nota pertama, malah sorakan peminat semakin bergema apabila dia sampai ke bahagian korus.

Kali terakhir Kevin tampil dengan persembahan solo adalah pada tahun 2010 menerusi siri Disney Channel JONAS. – BOOM!



![[V] “Super Nervous” – Persembahan Solo Pertama Kevin Jonas Raih Sorakan Padu Di Boston](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/08/KEVIN-FEATURE-750x375.png)





