Ratu tenis dunia, Serena Williams mencuri perhatian netizen selepas wajahnya menjadi ‘kanvas bebas’ anak-anaknya dalam satu sesi solekan di rumah.
Dalam video yang tular, Serena kelihatan menyerahkan sepenuhnya rutin solekannya kepada anak-anak perempuan kecilnya dan hasilnya memang luar jangkaan!
Dengan penuh semangat, anak-anak Serena menyapu pembayang mata ke kening, melukis gincu jauh dari bibir dan menabur glitter di dahi, bukan di kelopak mata.
Walaupun wajahnya bertukar menjadi ‘karya seni abstrak’, Serena hanya mampu tersenyum dan menikmati momen penuh kekalutan itu.
Momen manis ini menyerlahkan sisi Serena yang jarang dilihat ramai iaitu seorang ibu yang sanggup ‘berkorban rupa’ demi menceriakan hati anak-anak.
Dia tidak kisah dengan hasil solekan yang tidak kemas, sebaliknya menikmati detik lucu itu sebagai kenangan indah.

Netizen jatuh cinta dengan aksi spontan itu. Ramai memuji anak-anak Serena sebagai “glam squad paling comel,” manakala ada yang bergurau Serena mungkin perlukan pasukan profesional untuk ‘menyelamatkannya’. – BOOM!



![[V] Serena Williams ‘Pasrah’ Jadi Mangsa Solekan Anak Sendiri](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/06/SERENA-FEATURE-750x375.png)




