Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman meluahkan rasa sedih apabila sepupunya, Fakhrul Arif Rosli disahkan antara 15 mangsa yang maut dalam tragedi menyayat hati melibatkan sebuah bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terbalik di Gerik, Perak awal pagi Isnin lalu.
Zoey turut memuat naik sebuah video suasana sayu ketika solat jenazah Allahyarham Fakhrul Arif, yang dipercayai merupakan pelajar aktif dan disenangi ramai.
Rakaman tersebut menyentuh hati ramai pengikut serta rakan selebriti yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan takziah dan doa.
Tragedi yang meragut nyawa 15 pelajar itu masih mengejutkan masyarakat, dan kehilangan ahli keluarga tersayang nyata memberi kesan mendalam buat Zoey sekeluarga. – BOOM!



![[V] Sepupu Terlibat Nahas UPSI, Zoey Rahman Kongsi Detik Sayu Solat Jenazah](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/06/ZOEY-FEATURE--750x375.png)






