Selepas melalui fasa kehidupan yang penuh ujian, bekas isteri pengarah terkenal Syamsul Yusof, Ira Kazar tampil berkongsi kisah kebangkitannya menerusi hantaran TikTok milik jenama makanan tambahan Nuefera.
Menurut Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, bukan mudah untuk ‘move on’, namun dia tekad untuk tidak terus tenggelam dalam kesedihan.
@nuefera Replying to @asiahtajudin (DDCY) Orang sekeliling byk bantu Ira utk bangkit. Dan yang penting diri sendiri mesti ada azam yang tggi #nuefera #irakazar ♬ original sound – Nuefera
“Bukan mudah untuk saya ‘move on’ dan pandang ke hadapan. Ia mengambil masa untuk membentuk keyakinan diri.
Orang lain tak boleh tolong, jadi saya paksa diri untuk keluar dari kepompong negatif,” ujarnya.
Ira turut mengakui bahawa apa yang berlaku dalam hidupnya sebelum ini banyak memberi pengajaran dan kini dia melihat lebih banyak potensi diri yang boleh digilap.
“Saya cari jalan kebahagiaan dan tak mahu sedih serta murung dalam masa yang lama.
Dari dalaman juga, saya tanam niat untuk teruskan hidup dan nak tengok perkara-perkara baru,” tambahnya.
@nuefera Pengalaman lalu membuatkan Ira lebih matang dan menjadi lebih baik dari sebelum ini. #irakazar #nuefera ♬ original sound – Nuefera
Sokongan daripada orang sekeliling turut membantu Ira kekal positif.
“Mereka bagi kata-kata semangat dan doa-doa yang sangat baik,” ujar Ira.
Untuk rekod, Ira menjadi perhatian ramai selepas mendirikan rumah tangga dengan Syamsul Yusof pada Januari 2023 di Selatan Thailand.
Namun, pada 5 September 2024, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan lafaz cerai taklik oleh Syamsul, sekali gus merungkai perkahwinan mereka secara sah. – BOOM!



![[V] “Saya Paksa Diri Keluar Dari Kepompong Negatif” – Ira Kazar](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/05/IRA-FEATURE-750x375.png)






