Pelakon Riena Diana menafikan dakwaan dia melakukan pembedahan plastik pada telinga selepas tular video menunjukkan perubahan bentuk telinganya yang sebelum ini kelihatan sedikit capang.
Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, menjelaskan bahawa dia hanya menggunakan pelekat khas untuk menampakkan telinganya lebih kemas dan tidak menonjol.
@inayahbeautytrading Ni rupanya rahsia bagi telinga tak capang#rienadiana #keithfoo #bellaastillah #syedsaddiq #watieshuib #talita #thalita #kesetiaan #watiehanafiah #shuibsepahtu #sitisarahraisuddin #fyp #berryfull #gattox #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #founder #founderinayahbeauty #TikTokShopBazarRamadan2025 #TikTokShop ♬ พี่ชอบหนูที่สุดเลย (Speed Up) – PONCHET
“Orang sibuk cakap saya buat pembedahan telinga. Nampak perubahan dulu dan sekarang.
Mana ada saya bedah, saya pakai gam sahaja,” katanya menerusi satu hantaran di TikTok.
Pelakon drama Bidaah itu turut berkongsi video dirinya melekatkan gam khas pada bahagian telinga, sambil menunjukkan secara jelas kesan perubahan yang berlaku kepada pengikutnya.
“Tunggu ye, sekejap lagi magis akan berlaku,” seloroh Riena.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil mempertahankan Riena sambil memuji kecomelan wajahnya yang tetap menawan walaupun memiliki telinga sedikit besar.
“Bukan capang tu, tapi telinga besar sikit. Dari dulu saya perasan tapi comel,” tulis seorang peminat.
Riena membuktikan bahawa penampilan menarik tak semestinya datang dari perubahan drastik tetapi kadangkala cukup sekadar ‘magis’ gam! – BOOM!



![[V] “Saya Pakai Gam..” – Riena Diana Tepis Tuduhan Bedah Telinga](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/05/RIENA-FEATURE-750x375.png)






