Sambutan luar biasa daripada peminat telah membuatkan kumpulan nasyid popular Inteam mengubah lokasi dan tarikh Konsert Kasih Kekasih 25 Tahun.
Menurut vokalis, Syahril Khalid, konsert yang dijadualkan berlangsung pada 27 September kini ditunda ke 28 September 2025 dan akan diadakan di IdeaLive, Petaling Jaya, sebuah dewan yang mampu memuatkan sehingga 5,000 penonton.
“Sambutan luar biasa ini sangat kami hargai.
Justeru, lokasi yang lebih besar dan selesa dipilih demi keselesaan semua,” jelas Syahril.
Peminat yang sudah membeli tiket tidak perlu risau, mereka akan diberi tempat duduk istimewa di barisan hadapan dalam zon masing-masing. Pihak urusetia juga akan menghubungi mereka untuk pengesahan tempat duduk dan makluman lanjut.
Menariknya, pembeli tiket terawal akan menerima hadiah istimewa daripada Aplikasi Khair sebagai penghargaan eksklusif.
Konsert tersebut bakal menyajikan 25 lagu dan medley, termasuk penampilan istimewa anak kepada Allahyarham Suhaimi Saad, serta artis jemputan yang masih dirahsiakan.
Tiket baharu mula dijual 14 Jun 2025 (Sabtu) menerusi platform Ticket Empire di laman rasmi www.kasihkekasih.com. – BOOM!



![[V] Sambutan Luar Biasa, Inteam Ubah Tarikh & Lokasi Konsert!](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/05/INTEAM-FEATURE-1-750x375.png)





