Usahawan dan selebriti sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian netizen selepas mendedahkan sendiri kegiatan tidak bermoral yang berlaku di salah sebuah rumah miliknya yang dipercayai terletak di Sungai Buloh.
Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, Aliff, 38, kelihatan menyerbu rumah terbabit dan memarahi seorang wanita warga asing yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran di situ.
“Kenapa kamu datang rumah saya bawa lima lelaki?
Pakai seksi macam ni. Dia jual diri ni.
Jangan sampai aku lepuk muka kau!” ujarnya.
Lebih mengejutkan, menurut kapsyen yang ditulis Aliff, rumah itu bukan sahaja dijadikan sarang pelacuran, malah turut digunakan untuk aktiviti penagihan dadah oleh individu tidak bertanggungjawab.
“Papa sungguh tak sangka rumah papa kena ceroboh. Papa tak sihat, badan pun seram sejuk nak demam.”
“Rumah papa dibuatnya sarang pelacuran dan sarang dadah.
Masya-Allah, apa yang perlu papa buat? Papa buntu dan kecewa sangat,” luahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Aliff agar segera melaporkan kejadian itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan keselamatan dirinya serta masyarakat setempat. – BOOM!



![[V] Rumah Aliff Syukri Diceroboh, Jadi Sarang Pelacuran & Dadah!](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/07/ALIP-FEATURE-750x375.png)





