Anggota BLACKPINK, Rosé, melakar sejarah baharu apabila dinobatkan sebagai pemenang Song of the Year di MTV Video Music Awards (VMAs) 2025 menerusi lagu hit kolaborasinya bersama Bruno Mars, berjudul APT.
Dengan kemenangan itu, Rosé menjadi artis K-pop pertama memenangi kategori utama dalam sejarah VMAs.
Rosé yang tampil anggun dengan gaun emas berkilau tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya ketika berucap di pentas.
“I can’t believe this. This moment feels like a reward for all the effort that’s been put in,” katanya.
Tahun ini, Rosé turut mencipta rekod peribadi apabila menerima lapan pencalonan, termasuk Video of the Year, Best Collaboration, Best Pop dan Best Direction.
Dalam pada itu, kesemua ahli BLACKPINK turut dicalonkan untuk kategori Best K-pop menerusi lagu solo masing-masing.
Rakan sekumpulannya, Lisa, sekali lagi membuktikan pengaruh globalnya apabila meraih trofi ketiganya menerusi lagu Born Again bersama Doja Cat dan Raye.
Kemenangan Rosé ini bukan sahaja membanggakan peminat K-pop seluruh dunia, tetapi juga mengukuhkan kedudukan BLACKPINK sebagai kumpulan wanita global paling berpengaruh masa kini. – BOOM!
Sumber: Instagram VMAs



![[V] Rosé BLACKPINK Jadi Artis K-Pop Pertama Menang Song Of The Year Di VMAs 2025](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/09/ROSE-FEATURE-750x375.png)





