Anak gadis kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah atau lebih mesra dipanggil Cess, mencuri perhatian apabila berkongsi ‘kejayaan’ memujuk bapanya membelikan jam tangan mewah jenama Cartier.
Menerusi perkongsian di TikTok, Cess terlebih dahulu bertanya kepada netizen adakah percubaannya untuk ‘pau’ bapanya akan berjaya.
@qadejah_terlajaklaris Replying to @Nisa BERJAYA PAU ABAH @Aliff Syukri Kamarzaman takpe nanti kita dah besar kita pau lagi yang gile gile #tolonghabiskanduitabah ♬ Sweat and Hustle – The Brazilians of Bossa Nova
“Korang rasa abah bagi tak kita beli jam Cartier?
Nanti saya pau, berjaya ke tak saya pau ayah saya,” katanya.
Tidak lama selepas itu, Cess memuat naik satu lagi video memaparkan dirinya membuka kotak jam tangan Cartier yang diidamkan.
Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak mendedahkan harga jam berkenaan.
Namun, menerusi tinjauan di ruangan komen, ramai netizen tampil terkejut apabila mengetahui jam tersebut dianggarkan bernilai puluhan ribu ringgit.

Menariknya, rata-rata netizen tidak sekadar memuji jam tersebut, tetapi turut memuji Cess yang rajin membantu ayahnya berniaga dan sering membuat sesi ‘live’ bersama abangnya Ammar Ahyan hampir setiap hari.
Di akhir video, Cess sempat menunjukkan jam mewah tersebut di pergelangan tangannya sambil mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapanya serta para pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaan keluarganya. – BOOM!



![[V] Qadejah ‘Pau’ Aliff Syukri Beli Jam Cartier, Netizen Terkedu Tengok Harga!](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/07/CESS-FEATURE-750x375.png)






