Bintang Snow White, Rachel Zegler, sekali lagi mencuri hati netizen selepas videonya mempertahankan pengawal peribadi tular di media sosial.
Rachel yang kini membintangi muzikal klasik Evita di London Palladium dilihat sedang meluangkan masa melayan peminat dan menandatangani autograf selepas tamat persembahan.

Namun, suasana sedikit tegang apabila seorang peminat bertindak agresif terhadap pengawal peribadi Rachel, Danny, kerana dianggap menolak terlalu kuat.
Dalam situasi tersebut, Rachel tampil tenang dan mempertahankan pengawalnya.
“Saya sayang awak sangat, tapi Danny cuma buat kerja dia, dia sedang melindungi saya.
Dia bekerja di sini dan tolong saya sebab orang ramai boleh jadi sangat menakutkan.
Saya faham, tapi tolong jangan kurang ajar pada Danny saya,” ujar Rachel.
Tindakan Rachel mempertahankan stafnya dengan penuh hormat menerima pujian meluas di media sosial. Seorang pengguna menyifatkannya sebagai gadis paling manis yang pernah dilihat.
Bukan itu sahaja, persembahan Rachel sebagai Eva Perón dalam muzikal Evita turut mencuri perhatian apabila beliau muncul di balkoni luar dan menyanyikan Don’t Cry for Me, Argentina secara langsung kepada orang awam yang lalu di bawah teater. – BOOM!



![[V] Pertahankan Pengawal Peribadi, Rachel Zegler Terima Pujian Netizen](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/06/ZEGLER-FEATURE-750x375.png)






