Pasangan selebriti Bollywood, Akshay Kumar dan Twinkle Khanna, memilih percutian ringkas namun bermakna bersama anak-anak mereka, Aarav dan Nitara.
Menerusi perkongsian video di Instagram, Twinkle merakam detik indah sewaktu mereka sekeluarga berkelah di kawasan lapang yang tenang.
Dalam video tersebut, Akshay dilihat bersantai sambil meluangkan masa bersama anak-anak mereka di tempat perkelahan.
Beberapa hari sebelum itu, Twinkle, Akshay dan Nitara dilihat berlepas dari Mumbai, dipercayai menuju ke destinasi percutian mereka.
Untuk rekod, Akshay Kumar dan Twinkle Khanna telah mendirikan rumah tangga sejak Januari 2001 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aarav dan Nitara.

Momen manis ini jelas memperlihatkan nilai keluarga yang sentiasa menjadi keutamaan pasangan terkenal ini, walaupun sibuk dengan kerjaya masing-masing. – BOOM!



![[V] Percutian Tenang Akshay Kumar Bersama Keluarga Tarik Perhatian Peminat](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/07/AKSHAY-FEATURE-750x375.png)






