Nama Mulan Jameela kembali menjadi bualan netizen selepas majlis ngunduh mantu pasangan Al Ghazali dan Alyssa Daguise berlangsung meriah pada Khamis, 19 Jun 2025 di Jakarta Convention Center (JCC), Senayan.
Dalam satu video yang tular, Mulan dilihat menemani suaminya, Ahmad Dhani, ketika meninjau lokasi majlis.
@curahanhati912♬ Jatuh Rapuh – Anggis Devaki
Namun, apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah ekspresi wajah Mulan yang kelihatan ceria dan berseri-seri.
Netizen mula membuat pelbagai andaian, terutamanya membandingkan penampilan Mulan semasa majlis akad nikah sebelum ini.
“Mulan nampak ceria masa ngunduh mantu, lain betul dari waktu akad.
Mungkin sebab Bunda Maia tak ada,” tulis seorang pengguna media sosial.
Maia Estianty, ibu kandung Al Ghazali, sebelum ini menghadiri majlis siraman dan akad nikah, namun tidak dapat hadir ke acara ngunduh mantu kerana terikat dengan urusan kerja di Eropah bersama suaminya, Irwan Mussry.
Menurut sumber, ketidakhadiran Maia bukan disebabkan konflik, sebaliknya atas komitmen kerja yang telah dijadualkan lebih awal.
Majlis ngunduh mantu yang dikendalikan sepenuhnya oleh pihak keluarga lelaki, termasuk Ahmad Dhani, berjalan lancar dalam suasana penuh kegembiraan dan tradisi. – BOOM!



![[V] Netizen Perasan Mulan Jameela ‘Lagi Bahagia’ Bila Maia Estianty Tak Ada?](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/06/MULAN-FEATURE-750x375.png)





