Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

[V] “Mungkin Keserasian Kami Buat Peminat Wujudkan Tanda Pagar #Meerna…” – Anna Jobling

21/03/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Exposé
[V] “Mungkin Keserasian Kami Buat Peminat Wujudkan Tanda Pagar #Meerna…” – Anna Jobling

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon Anna Jobling mengakui, walaupun drama bersiri Melur Untuk Firdaus sudah memasuki musim kedua, dia masih ditebak soalan tentang hubungan istimewanya dengan Meerqeen.

Disebabkan keserasian mereka menerusi drama tersebut, penonton telah menggabungkan nama Meerqeen dan Anna menggunakan tanda pagar #meerna.

Anna Jobling

Bagaimanapun kata Anna, dia dan Meerqeen hanya sekadar teman rapat dan tidak menafikan pernah keluar berdua beberapa kali.

“Sudah masuk dua musim, orang masih bertanya betul ke saya dan Meerqeen bercinta. Tak adalah, kami hanya teman rapat dan mungkin disebabkan keserasian kami sangat kuat orang semua ingat kami adalah pasangan.

Merqeen

“Ya, kami ada keluar berdua pergi makan dan sebagainya tetapi hanya sekadar teman. Kami kekalkan profesionalisme kami walaupun rapat.

“Bila ada peminat yang wujudkan gabungan nama #meerna, saya rasa terharu dan bersyukur sebab ada peminat yang sentiasa mengundi dan sokong,” katanya.

Mengulas mengenai drama bersiri Melur Untuk Firdaus 2, Anna akui gementar menanti reaksi penonton.

Apatah lagi jika ada di antara penonton yang membandingkan siri terbaharu ini dengan musim terdahulu.

“Agak gementar menanti reaksi penonton. Sebab biasanya kita dengar orang cakap musim kedua mesti dah tak best.

“Tapi percayalah cakap saya yang musim kedua ini, jalan ceritanya lebih menarik kerana ada lebih banyak babak-babak ‘drama’ dan konflik,” katanya.

Anna ditemui ketika majlis pelancaran yang berlangsung di Coo&RIKU Lalaport Pet Shop, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Anna turut berkongsi mengenai projek terbaharunya dengan jenama DD Cat menerusi pelancaran Baju Raya Kucing DD Cat.

“Projek baju raya untuk kucing ini sangat menyeronokkan sebab saya terbabit dalam perbincangan untuk rekaan, material dan sebagainya.

“Kami bekerja sebagai satu pasukan dari mula hingga proses akhir,” katanya.

Cukup dikenali sebagai pencinta haiwan, Anna menyimpan impian untuk membeli tanah dan membuka pusat perlindungan kucing.

“Saya pernah menyelamatkan pelbagai haiwan antaranya kucing, anjing, tikus, monyet dan kelawar.

“Saya menyimpan impian untuk membuka pusat perlindungan kucing. Kalau ada rezeki, saya nak beli tanah dan buka pusat perlindungan itu.

“Dari kecil lagi saya sudah dididik menyayangi haiwan. Kucing adalah terapi untuk saya, contohnya bila balik dari kerja, keberadaan mereka menyambut kepulangan kita sangat membantu melegakan kepenatan,” katanya.

Dalam pada itu, Anna yang memelihara pelbagai jenis haiwan berharap projek ini akan menyuburkan rasa kasih masyarakat terhadap haiwan itu tanpa membezakan sama ada ia kucing jalanan atau peliharaan.

“Anna memang sangat terharu bila dapat tahu boleh berkolaborasi dengan DD Cat untuk projek istimewa mereka ini.

“Untuk yang tak tahu Anna ada banyak kucing dan yang paling Anna sayang bernama Leona dan Jupiter. Istimewanya juga sempena kedatangan bulan penuh rahmat ini..marilah kita membantu kucing-kucing jalanan dengan setiap pembelian anda,” katanya.

Tambah Anna, pelbagai koleksi Aidilfitri buat si ‘comel’ sudah mula dijual antaranya fesyen baju Melayu, kebaya, kurung serta kurta.

Lebih istimewa setiap pembelian koleksi lebaran buat haiwan kesayangan Rasullullah SAW ini, sebahagiannya turut disumbangkan kepada pusat perlindungan serta ‘Unsung Heroes’ terpilih yang melindungi haiwan berkenaan.

Inisiatif membeli sambil beramal ini dilakukan DD Cat.

Menurut Pengasas Bersamanya, Shawn Amer kurangnya kesedaran masyarakat terhadap usaha membela nasib kucing jalanan membuatkan pihaknya tampil dengan idea berkenaan.

“Selain daripada koleksi yang kita lancarkan hari ini, sebenarnya kita nak beri kesedaran kepada masyarakat untuk sama-sama membantu rumah-rumah penjagaan kucing termasuk mereka yang melakukan insiatif sendiri untuk membela haiwan ini…inilah ‘Unsung Hereos’ yang masyarakat tak nampak…mereka sanggup keluarkan duit sendiri demi untuk membantu kucing jalanan dan terbiar,” katanya.

Beliau berharap sumbangan itu akan membantu kucing-kucing terbiar yang mengalami pelbagai masalah kesihatan serta memerlukan pembelaan sewajarnya.

Bagi yang ingin beramal, koleksi ini tampil dengan enam warna menarik serta menggunakan fabrik berkualiti tinggi termasuk songket bunga penuh dan seni halus batik.

Selain menjamin keselesaan kucing kesayangan anda. – BOOM!

Previous Post

10 Hari Bertarung Nyawa, Chaq Mentor Hembus Nafas Terakhir Akibat Pendarahan Dalam Kepala

Next Post

[V] Khai Percaya Rezekinya Juga Milik Orang Lain – “Saya Bukannya Daripada Keluarga Senang”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iqbal Pernah Buat Zul Ariffin Hilang Sabar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa, PU Riz Jawab Isu Kelas Agama Caj Tinggi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Buka Restoran Telan Kos RM4 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Kekal Imej Serban Ikut Kesesuaian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BLACKPINK Umum World Tour! Ini Lokasi & Tarikh Yang Perlu Anda Tahu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd