Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

[V] Mahu Acara Starvendors Dicatat Dalam Rekod Dunia, Ifa Raziah Tak Main-Main

10/03/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Exposé, Selebriti
[V] Mahu Acara Starvendors Dicatat Dalam Rekod Dunia, Ifa Raziah Tak Main-Main

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd juga artis versatil popular, Dato Saripah Raziah atau Ifa Raziah menegaskan dia serius untuk memastikan acara Starvendors dicatat dalam rekod dunia.

Ifa ketika ditemui berkata, mereka kini dalam proses untuk merealisasikan perkara tersebut.

“Proses untuk menjadikan Starvendors tercatat dalam rekod dunia sedang dalam proses perbincangan dan hampir menjadi kenyataan.

“Wakil mereka akan hadir ke acara Star Vendors KLCC Mega Raya Fest 2023 ini dahulu untuk memastikan ia betul-betul berlangsung selama 100 jam.

“Cuma untuk tujuan itu, kita tidak menggunakan perkataan ‘Mega Raya’ kerana ia melibatkan agama dan bangsa, jadi jika acara ini tercatat dalam Guinness World Book Of Records dia akan menjadi Longest Non-Stop Festival,” katanya.

Ifa ditemui BOOM! ketika majlis sidang media Star Vendors KLCC Mega Raya Fest 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada Khamis.

Mengulas mengenai beberapa festival lain yang bakal berlangsung pada tarikh sama, Ifa berkata dia tidak gentar dengan persaingan tersebut.

“Saya tidak takut dengan persaingan tersebut kerana kami di Starvendors sentiasa nombor satu dan bagi saya ia sesuatu yang positif dan sihat, buat apa kita perlu ada rasa takut atau iri hati.

“Kita sama-sama dalam bidang ini dan patut meraikannya. Jadi, sama-samalah kita fokus pada perniagaan masing-masing,” katanya positif.

Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 bakal berlangsung pada 13 hingga 17 April ini di lokasi berprestij iaitu Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLConvec), selama 100 jam tanpa henti.

@boom.malaysia Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 bakal berlangsung pada 13 hingga 17 April ini di lokasi berprestij iaitu Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLConvec), selama 100 jam tanpa henti. #boom #boommalaysia #artismalaysia #artist #celebrity #star #icon #idol #no1 #influencer #inspirer #viral #trending #fyp #starvendors #ifaraziah ♬ original sound – Boom! Malaysia

Ifa Raziah berkata, matlamat penganjuran kali ini adalah untuk memberi platform yang eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga.

Pada tahun lepas 2022, Starvendors telah mengumpulkan lebih 350 usahawan dan 50 selebriti dan menerima pengunjung seramai 2.6 juta orang pengunjung.

“Jika tahun lalu Starvendors berjaya meraih RM800 juta transaksi urusniaga selama 75 jam ia berlangsung, saya berharap penganjuran kali ini di ‘rumah baru’ kami, kutipan akan sukses juga.

“Tambahan lagi kali ini masa urus niaga juga lebih panjang dan kami juga sentiasa memberikan yang terbaik dan sentiasa menjadi pilihan nombor satu vendor-vendor di Malaysia,” katanya. – BOOM!

Previous Post

“Dimaki Depan Orang, Itu Ke Sahabat?” – Demi Pertahankan Shuib, Ibu Tampil Dedah Kebenaran

Next Post

Dakwaan Sedang Berbadan Dua, Ezza Kalih Kepada Remy Ishak – “Tanyalah Suami Saya”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • George Clooney Nekad Tak Cium Wanita Di Set Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Pengarah Rob Reiner Ditahan Atas Tuduhan Membunuh Ibu Bapa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Linda Dakwa Beego Menipu Untuk Elak Hadir Prosiding Perceraian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hazwani Helmi Ulas Isu Boikot IPhone

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • EXO Lancar Album Kelapan Dengan Enam Ahli

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bicara Kes Amang Seksual Naim Daniel Ditunda Tahun Depan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Amy Schumer Umum Cerai Lepas 7 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd