Lisa BLACKPINK bakal mencipta sejarah sebagai artis K-pop pertama yang membuat persembahan di pentas berprestij Academy Awards!
Pada 25 Februari (KST), pihak Oscars secara rasmi mengumumkan bahawa Lisa akan bergabung tenaga dengan Doja Cat dan RAYE untuk sebuah persembahan istimewa pada Anugerah Academy ke-97 yang berlangsung pada 3 Mac di Dolby Theatre, Los Angeles.
Three global superstars. One epic #Oscars moment. Doja Cat, LISA of Blackpink, and RAYE take the stage for a showstopping celebration of cinema.
Watch the Oscars LIVE Sunday, March 2, at 7e/4p on ABC and Hulu, with Conan O’Brien hosting. Expect the unexpected—only at the Oscars. pic.twitter.com/Tv8PoHWjL8
— The Academy (@TheAcademy) February 24, 2025
Meskipun Lisa tidak akan menyanyikan lagu solonya, Born Again, pihak Oscars menjanjikan satu persembahan “legenda” daripada tiga bintang global ini.
Kehadiran Lisa ke pentas Oscars bukan sahaja mencipta sejarah tetapi juga membuktikan pengaruh luar biasanya dalam industri hiburan global serta memperkukuh kedudukan K-pop di pentas antarabangsa.
Majlis gilang-gemilang itu akan dikendalikan oleh Conan O’Brien, yang bakal membuat debut sebagai hos acara berprestij tersebut. – BOOM!