Pelakon Korea Selatan, Lee Si Young kembali menjadi bualan hangat di media sosial apabila dia didakwa meminum alkohol walaupun sedang berbadan dua.
Kekecohan bermula selepas Si Young berkongsi beberapa foto dan video percutiannya di New York, Amerika Syarikat, menerusi Instagram beberapa hari lalu.

Dalam perkongsian itu, dia menikmati ‘tour’ limosin selama lima jam dari Madison Square Park ke Brooklyn bersama rakan-rakan.
Namun, apa yang mencetuskan kontroversi adalah kelibat Lee Si Young sedang memegang gelas yang dipercayai berisi minuman keras.
Lebih membimbangkan, dia turut membawa anak sulung lelakinya menyertai perjalanan itu di dalam limosin yang sama.
Ramai netizen tampil menegur dan meluahkan rasa kurang senang kerana menganggap Lee Si Young tidak sensitif, apatah lagi dengan kehadiran kanak-kanak yang didakwa terdedah kepada pengaruh alkohol pada usia muda.

Menjawab kritikan tersebut, Lee Si Young tampil memberi penjelasan.
“Minuman itu tidak mengandungi alkohol yang tinggi,” jelasnya ringkas menerusi satu hantaran susulan.
Ini bukan kali pertama Lee Si Young mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat.
Sebelum ini, dia mengejutkan ramai apabila mengumumkan kehamilannya hasil proses IVF menggunakan sperma bekas suaminya, tanpa kebenaran lelaki berkenaan.
Untuk rekod, Si Young pernah mendirikan rumah tangga bersama Seong Hun dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia lapan tahun. Namun, pasangan itu bercerai pada Mac lalu. – BOOM!



![[V] Lee Si Young Dikecam Minum Arak Ketika Hamil, Ini Penjelasannya](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/08/SI-YOUNG-FEATURE-750x375.png)





