Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

[V] KRU Buka Taman Tema Wetland Studios Berkonsepkan Edutainment

03/06/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Eksklusif, Selebriti

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Setelah lebih 31 tahun berkecimpung dalam industri kreatif dengan meneroka pelbagai fasa perniagaan, kini KRU mengembangkan sayapnya dengan pembukaan taman tema.

Taman tema Wetland Studios yang terletak di Putrajaya itu berkonsepkan ‘edutainment’, dan sudah mula beroperasi sejak akhir bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU, Datuk Norman Abdul Halim, berkata Wetlands Studios dibuka bagi memberi pendedahan terhadap kepentingan menjaga alam sekitar terutama dalam kalangan kanak-kanak.

“Projek Wetland Studios ini adalah kerjasama antara KRU Studios dengan Perbadanan Putrajaya.

“Pada mulanya, pihak terbabit memberi kami konsesi menguruskan taman tema berteraskan teknologi moden, sekali gus mempromosikan flora dan fauna di lokasi berkenaan.

“Bagaimanapun, kami sarankan agar usaha itu diperluaskan dengan memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar, terutama kanak-kanak mengenai pelbagai jenis spesis kehidupan di muka bumi ini.

“Topik ini kedengaran agak serius, namun, kita selitkan elemen hiburan agar informasi yang disampaikan menjadi lebih santai dan menghiburkan.

“Wetlands Studios, iaitu sebuah bangunan tiga tingkat ini fungsinya sama seperti Petrosains dan Kidzania yang mengetengahkan konsep pendidikan hiburan atau edutainment sebagai tarikan utama,” katanya.

Norman berkata, sesuai dengan konsep, maklumat dan ilmu disampaikan akan menggunakan kaedah teknologi kreatif berdasarkan kepakaran dimiliki syarikat.

“Kalau boleh, kita tidak mahulah penyampaian ini dibuat secara serius seolah-olah berada dalam bilik darjah.

“Justeru, penyampaian dibuat secara naratif membabitkan teknologi hologram, animasi dan robotik.

“Selain itu, kami menyediakan karakter animasi yang boleh berinteraksi, sekali gus memudahkan pengunjung mendapat pemahaman saintifik mengenai pelbagai spesies hidupan.

“Ini merangkumi mamalia, reptilia, ikan, burung, serangga, pokok, bunga dan sebagainya serta peranan utama air bagi menyokong ekosistem kehidupan di bumi dari zaman prasejarah hingga sekarang,” katanya.

Norman berkata, Wetland Studios Putrajaya yang membabitkan kos RM10 juta ini akan mengenakan bayaran masuk berpatutan kepada pengunjung.

“Setakat ini, kami sudah menerima tempahan dari sekolah yang berminat. Harga tiket yang dikenakan tidak membebankan, iaitu RM25 untuk pengunjung dewasa, manakala kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun akan dikenakan bayaran RM15.

“Apabila harga tiket tidak membebankan, kita harap lebih ramai pengunjung datang untuk menimba ilmu,” katanya.

Wetland Studios Putrajaya merupakan sebuah taman tema didik-hibur dalaman (berhawa dingin) berteraskan teknologi melalui kerjasama strategik KRU bersama anak syarikatnya, Wetland Studios Sdn Bhd.

Bakal dilancarkan secara rasminya pada bulan September 2023, kesemua 15 ruangan akan dibuka termasuk tarikan tambahan Panorama, Lakes & Rivers dan Majestic Ocean.

Bagi fasa pertama dalam tempoh pra-pelancaran, bermula 26 Mei hingga 31 Ogos ini, pengunjung boleh merasai pengalaman di 12 ruangan yang telah dibuka, iaitu, Insectopia, Dinosaur Encounter, Stegodon Big Break, Caventure, Jungle Jive, Sky Sanctuary, Flamingo Parade, Sky Dreams VR, Artopia, Aviary Archive, EduPlay Centre dan Migration in Motion.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KRU MEDIA (@kru.media)

Dalam perkembangan lain, Norman berkata, pembikinan filem animasi Zan Orangutan yang dimulakan enam tahun lalu, dijangka akan menemui penonton tahun depan.

“Proses pembikinan animasi ini dimulakan pada 2017. Setakat ini, sudah 50 peratus siap. Kami jangka filem animasi ini akan siap akhir tahun ini dan menemui penonton pada 2024.

“Kami juga akan membawa ‘snippets’ (sedutan) animasi ini ke Festival Filem Cannes di Perancis bagi tujuan promosi prajualan.

“Tidak dinafikan, animasi terbitan KRU Studios berjaya di luar negara. Kami harap filem ini juga akan menerima tuah sama,” katanya. – BOOM!

Previous Post

Ambil Masa Lancarkan Single ‘Kau’, Noryn Aziz Ada Alasan Tersendiri – “Slow And Steady, Yang Penting Kualiti!”

Next Post

Filem Terakhir Adibah Noor | Ali XPDC Semakin Sembuh | KRU Buka Taman Ilmu

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Viral Video Of Entering A Club: Emma Maembong Comes Forward With Explanation

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd