Pelakon jelita Afifah Nasir berkongsi berita gembira apabila dia dan suaminya, Syed Hariz, bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Perkara itu dikongsi menerusi video majlis ‘gender reveal’ yang dihadiri ahli keluarga terdekat.
Pasangan ini meluahkan rasa syukur apabila impian mereka memiliki anak lelaki akhirnya dimakbulkan.
“Walaupun kami kata tak kisah soal jantina, jauh di sudut hati kami memang berharap untuk dikurniakan anak lelaki.
Kami mahukan ‘Syed’ dan Alhamdulillah, Allah makbulkan,” kata Afifah di Instagram.
Tambahnya lagi, suaminya pernah menyuarakan hasrat untuk menjadikan tahun 2024 sebagai tahun mereka berfokus kepada satu sama lain, sebelum menyambut zuriat pada tahun berikutnya.
“Sungguh menakjubkan bagaimana Allah mendengar perancangan anda,” ujarnya menyentuh hati ramai.
Perkongsian tersebut menerima ribuan ucapan tahniah serta doa daripada rakan artis dan netizen yang turut teruja menantikan kelahiran bayi sulung pasangan ini.
Untuk rekod, Afifah dan Syed Hariz mendirikan rumah tangga pada Mei 2024 selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan. – BOOM!



![[V] “Kami Mahukan Syed Dan Alhamdulillah..” – Afifah Nasir Bakal Timang Anak Lelaki](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/06/AFIFAH-FEATURE-750x375.png)





