J-Hope, anggota BTS, bakal tampil buat pertama kali sebagai artis solo dalam rancangan terkenal NBC, The Tonight Show Starring Jimmy Fallon!
Perkara ini didedahkan sendiri oleh hos program itu, Jimmy Fallon, pada 3 Mac menerusi satu video pendek di media sosial.
Dalam klip tersebut, Fallon dengan nada lucu menunjukkan dirinya bermimpi tentang J-Hope di rancangannya, sebelum menerima e-mel rasmi yang mengesahkan kehadiran bintang K-pop itu.
Walaupun J-Hope pernah beberapa kali muncul dalam The Tonight Show bersama BTS, ini merupakan kemunculan sulungnya sebagai artis solo. Penampilan ini juga hadir hanya beberapa hari sebelum pelancaran single digital terbarunya, Sweet Dreams, yang dijadualkan dilancarkan pada 7 Mac.
Peminat pastinya teruja untuk menyaksikan penampilan istimewa J-Hope di rancangan ini. – BOOM!