Balu kepada pelawak terkenal Allahyarham Abam Bocey, iaitu Nor Hidayah Mohd Ali, 31, mendedahkan kini sudah mengenali hati budi seorang lelaki bernama Amsyar Salim sejak tahun lalu.
Memetik laporan Mstar, perkenalan mereka bermula secara tidak sengaja apabila Amsyar hadir ke kedai milik Hidayah untuk membeli produk kosmetik.
@hidayah_hamzah Terima kasihhh ❤️#kitabaikramaisayang ♬ original sound – トワン・カシャ
Hidayah mengakui bukan mudah untuk dia membuka hati selepas pemergian Abam, namun sikap bertanggungjawab Amsyar berjaya menambat perasaannya.
“Saya susah nak terpikat dengan lelaki tetapi cara saya nak uji adalah dengan membawa anak berjumpa dengannya.
Saya mahu lihat bagaimana cara layanan dia terhadap Hamzah,” katanya.
Dedah Hidayah lagi, apabila sering membawa anaknya bertemu Amsyar, dia dapat melihat betapa sayangnya lelaki itu terhadap Hamzah.
Perkara itu membuatkan dirinya semakin yakin untuk mengenali lebih dalam.

Menariknya, ramai yang berpendapat wajah Amsyar dikatakan seiras dengan wajah arwah Abam, namun dalam versi lebih kurus. – BOOM!



![[V] “Iras Arwah Abam, Tapi Kurus..” – Nor Hidayah Akui Sudah Kenal Hati Budi Seorang Lelaki Sejak Tahun Lalu](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/08/DAYAH-FEATURE-750x375.png)






