Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

[V] Ibu Bapa Restu, Hawa Rizwana Sebak Saat Bercerita Detik Awal Bergelar Hos MeleTOP

09/11/2022
Abang Deeoleh Abang Dee
in Ekstra, Selebriti
[V] Ibu Bapa Restu, Hawa Rizwana Sebak Saat Bercerita Detik Awal Bergelar Hos MeleTOP

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Hos baharu program bual bicara hiburan popular MeleTOP, Hawa Rizwana dilihat tidak mampu menyeka tangisannya daripada menitis saat menceritakan detik awalnya ditawarkan peluang tersebut.

Hawa atau nama penuhnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 27, mengakui, jantungnya berdebar-debar saat mahu memaklumkan berita itu kepada kedua-dua ibu bapa demi memohon restu.

“Jujurnya, saya tak tahu nak menjangkakan reaksi ayah tatkala mendengar perkhabaran mengenai tawaran sebagai pengacara MeleTOP.

“Tetapi sebaik sahaja ayah memberi keizinan, saya sangat terkejut kerana tidak menyangka ia semudah itu,” kongsinya kepada media.

 

Bekas penyampai berita itu berkata demikian sewaktu ditemui usai tamatnya majlis sambutan ulang tahun kesepuluh MeleTOP yang disiarkan secara langsung dari Dewan MBSA Shah Alam, malam tadi.

“Sebagai anak, restu kedua-dua ibu bapa terutamanya daripada ayah sangatlah penting sebelum saya membuat sebarang keputusan muktamad.

“Masa tu saya tanya ayah okey ke kalau buat program MeleTOP? Tanpa apa-apa bantahan, ayah terus kata, ‘go for it’.

“Itulah jawapan spontan yang tidak disangka-sangka keluar dari mulut ayah,” ceritanya dalam keadaan sebak sambil digenangi air mata,

Ini kerana jelas Hawa, sejak kecil lagi ibu bapanya menjaga dan mendidik dia dan adik-beradik lain dengan kawalan ketat.

“Apatah lagi saya adalah anak perempuan tunggal daripada tiga beradik, makanya pemantauan ke atas saya lebih terperinci.

“Sehinggakan setiap kegiatan harian saya dari pagi sampai ke malam perlu dimaklumkan kepada ibu dan ayah.

“Sebab itulah kebenaran yang mereka berikan untuk mengendalikan sebuah program berbentuk hiburan amatlah tidak diduga dan mengejutkan,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Hawa yang baru dua kali bersiaran di posisi baharunya itu tidak menafikan dirinya masih kekok untuk menyesuaikan diri bersama Nabil Ahmad mengacarakan MeleTOP.

“Lima tahun kemunculan di depan kaca TV menerusi Buletin Utama atau Wanita Hari Ini, saya cuma membincangkan isu-isu serius.

“Kini tiba-tiba beralih untuk berbicara perihal hiburan yang berbeza konsepnya, ternyata bukan mudah untuk dilakukan dalam sekelip mata,” akuinya.

Justeru Hawa berharap agar para penonton setia MeleTOP dapat menerima untuk mengisi kekosongan di bangku pengacara wanita yang ditinggalkan oleh hos terdahulu, Neelofa sejak 2018. – BOOM!

Previous Post

“Baik Tengok Media Sosial Saja Kalau Nak Pilih Rupa, Jangan Tonton TV!” – Osman Ali

Next Post

Sewa Rumah Tertunggak, Keluarga Tegar Diusir – “Mana Orang Tua Aku Mahu Tidur?”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Aiskrim Magika, Kolaborasi Kruniverse Dan SD Guthrie Berhad

    Aiskrim Magika, Kolaborasi Kruniverse Dan SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hati Terguris Bukan Penghalang, Fazura Pilih Maafkan Lan Pet Pet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hadiah Istimewa! Maryam Durian Kimchi Selamat Lahirkan Anak Kedua Pada Hari Lahirnya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pokemon Francais Anime Terlaris Dunia, Tewaskan Marvel Tiga Kali Ganda!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd