Pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz mengumumkan bahawa hari ini merupakan hari terakhirnya bersama stesen radio Suria FM.
Perkara itu dimaklumkan sendiri olehnya ketika bersiaran secara langsung menerusi segmen Morning Morning Suria bersama rakan penyampai, Ajak dan Kai Hassan.
Fizz Fairuz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin berkata, dia amat menghargai peluang yang diberikan pihak Suria FM untuk mencuba bidang baharu sebagai penyampai radio.
“Hari ini hari terakhir saya dekat Suria FM.
Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang menyokong, beri peluang saya dekat sini belajar, ceburi bidang baru,” katanya.
Menjengah ruangan komen di media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa sayu dan sedih atas keputusan Fizz Fairuz untuk meninggalkan dunia radio.
Ramai yang menyatakan mereka akan merindui gelagat serta celoteh lucu Fizz Fairuz yang sering menceriakan pendengar setiap pagi.
Untuk rekod, Fizz Fairuz mula bertugas secara rasmi di Suria FM sejak 21 Januari 2024, selepas beberapa kali muncul sebagai penyampai jemputan di segmen pagi sebelum ini. – BOOM!



![[V] “Hari Terakhir Saya” – Fizz Fairuz Umum Tinggalkan Suria FM](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/07/FIZZ-FEATURE-750x375.png)





