Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali sekali lagi mencuri perhatian, kali ini bukan di gelanggang pertarungan tetapi dalam momen penuh emosi bersama ibunya, Jennana Johnson.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Johan, 18, menghadiahkan ibunya seutas jam tangan mewah jenama Rolex, menyebabkan wanita itu sebak dan tidak mampu menahan air mata.
@johanghazaliAlhamdullilah special gift for a very special person. Kalau mama tak mengaku Jojo favourite son jojo give up je la.♬ original sound – JohanGhazaliMuaythai
Pada awalnya, Jennana menyangka anaknya hanya mahu merakam video berkaitan minyak wangi. Namun, sebaik membuka kotak hadiah, dia terus terharu dengan kejutan tersebut.
“Mama ingat awak nak buat rakaman video minyak wangi,” katanya, jelas terkejut dengan pemberian itu.
Di ruangan kapsyen, Johan menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat insan paling bermakna dalam hidupnya.
“Alhamdulillah, hadiah istimewa untuk orang yang istimewa. Kalau mama tak mengaku Jojo anak kesayangan, saya give up sahaja la,” tulisnya berseloroh.
Tindakan Johan itu mendapat pujian ramai, dengan netizen kagum melihat sikapnya yang tidak melupakan jasa ibu dan berkongsi rezeki bersama keluarga. – BOOM!