Pelakon dan pelawak Fikry Ibrahim akhirnya membuka mulut mengenai perkahwinannya dengan Khalizah yang berlangsung pada Rabu lalu.
Menurut Fikry, dia bukan berniat untuk merahsiakan berita gembira itu, sebaliknya mahu menunggu semuanya selesai terlebih dahulu.
@liyaanfr9u4 #fikriibrahim #fikriibrahim #fyp #fypシ゚viral #fypage #masukfyp #esekeli #marriage #foryoupage #foryou #foryou ♬ Kisah Ku Inginkan – Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Judika
“Saya percaya benda yang baik, selagi tidak pasti jangan kongsikan. Jadi saya tunggu sampai selesai, Alhamdulillah perkara yang baik.”
Menepis dakwaan kononnya perkahwinan itu diatur atau dipaksa, Fikry, 30, menjelaskan dia berdepan pelbagai perasaan selepas bergelar suami.
“Ini bukan saya buat drama TV3. Mungkin pada ketika itu adalah beberapa benda yang saya fikir. Termasuklah menjadi seorang suami, tanggungjawab sangat besar dan kena adil.”
Tambahnya, kini dia bukan sahaja perlu menjaga isteri tetapi juga ibunya.
“Saya ada seorang ibu dan seorang isteri sekarang ini. Adil itu bukanlah sama rata, tapi meletakkan hak pada tempatnya.”
Dalam pada itu, Fikry memaklumkan isterinya kini berada di Kedah untuk menjaga ibu mentuanya atas ehsan sendiri. – BOOM!