Selepas sekian lama menjalankan perniagaan pai dari rumah, pelakon dan model, Zahnita Wilson akhirnya berjaya merealisasikan impian memiliki kedai pai fizikal pertamanya.
Khabar gembira itu dikongsi Zahnita, atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.
“Selamat datang ke tempat dan permulaan baru saya.
Saya bersedia untuk mengambil tempahan bagi Zahnita’s Humble PIE,” tulisnya sambil memuat naik video ‘tour’ kedai baharunya.
Kedai yang diberi nama Zahnita’s Humble PIE terletak di Taman Equine, dan menjadi bukti kesungguhan aktres berusia 39 tahun itu dalam dunia keusahawanan.
Tambah Zahnita, dia sangat bersyukur atas sokongan berterusan pelanggan yang tidak pernah jemu memberi kepercayaan kepadanya sejak dari awal perniagaan dijalankan dari rumah.
“Terlalu sibuk dengan mencipta kandungan sejak kebelakangan ini,” ujarnya berseloroh.
Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan usahawan dan warganet meluahkan rasa bangga dan gembira atas kejayaan tersebut.
Rata-rata mendoakan agar urusan Zahnita sentiasa dipermudahkan dan perniagaan baharunya terus berkembang maju. – BOOM!



![[V] Dulu Jual Dari Rumah, Kini Zahnita Wilson Ada Kedai Sendiri](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/06/ZAHNITA-FEATURE-750x375.png)






