Buat pertama kali, penyanyi dan pengarah terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim mendedahkan pengalaman ‘mimpi misteri’ yang dialaminya sebelum mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Lisa Surihani.
Menerusi perkongsian di TikTok, Yusry berkata ketika itu dia berada pada titik terendah dalam hidup selepas kegagalan perkahwinan pertama.
@tooprettytohandle_Yusry KRU mimpi perempuan berbaju putih berambut hitam!.. Link di bio #TooPrettyToHandle #yusrylisa #yusrykru #lisasurihani #TooPrettyToHandle #EstikaMedispa #PodcastMalaysia See translation
Dia hanya pernah bercerita tentang perkara itu kepada ahli keluarganya.
“Saya mencari kehidupan baru.
Dalam mimpi itu, saya nampak seorang wanita berambut panjang hitam, berbaju putih… tapi tidak nampak wajahnya.
Mimpi itu buat saya rasa sangat tenang,” katanya.
Tambah ahli kumpulan KRU itu, perasaan tenang yang sama dirasainya ketika bertemu Lisa, membuatkan dia percaya bahawa wanita itu adalah jodohnya.
Sebagai info, Yusry dan Lisa berkahwin pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith. – BOOM!



![[V] “Dia Buat Saya Rasa Tenang..” – Yusry Dedah ‘Mimpi Misteri’ Sebelum Kahwini Lisa Surihani](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/08/YUSRY-FEATURE-750x375.png)






