Pempengaruh media sosial, Mek Yun meluahkan rasa gembira bercampur sebak apabila abangnya, Abe Wee menamatkan zaman bujang hujung minggu lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee menyifatkan Abe Wee sebagai insan paling rapat dengannya sejak kecil. Katanya, setiap detik susah senang mereka tempuhi bersama, membuatkan perpisahan itu terasa begitu menyentuh hati.
“Abe Wee, hari ini hati Mek Yun penuh dengan macam-macam rasa. Gembira sebab Abe Wee dah jumpa cinta hidup.
Sebak juga sebab selepas ini, Abe Wee bukan milik kami seorang lagi,” tulisnya.
Menurut Mek Yun, abangnya itu adalah tempat bergantung sejak kecil.
“Kalau terjatuh, Abe Wee yang datang angkat. Kalau takut, dia yang peluk kuat-kuat. Kalau nangis, dia yang tenangkan.
Tak pernah satu hari pun Mek Yun rasa seorang, sebab Abe Wee selalu ada,” luah Mek Yun.

Namun, dia bersyukur kerana Abe Wee telah memilih pasangan yang lembut, baik dan penyayang.
“Mek Yun tahu dia akan jaga Abe Wee sebaik-baiknya.
Dan itu lah satu-satunya sebab Mek Yun mampu lepaskan dengan senyuman,” tambahnya.
Perkongsian penuh emosi itu turut membuat ramai warganet tersentuh, malah ramai yang mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan rumah tangga Abe Wee. – BOOM!



![[V] “Dari Kecil, Abe Wee Dunia Saya” – Mek Yun Menangis Gembira Raikan Perkahwinan Abang Tercinta](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2025/06/MEKYUN-FEATURE-750x375.png)





